Pantau rapat polis hidup mewah, seru KPN

 Razarudin Husain mahu aspek penyeliaan dipertingkat terhadap pegawai dan anggota hidup mewah lebih kemampuan.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata saringan urin berkala diarahkan dibuat sebagai pencegahan awal sala laku.



PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Razarudin Husain menyeru penyeliaan secara pemantauan rapat ke atas pegawai dan anggota dikesan memiliki gaya hidup mewah melangkaui kemampuan.

Tegasnya, ujian saringan awal urin juga hendaklah dilakukan secara berkala, memandangkan trend pembabitan pegawai dan anggota dalam salah laku jenayah, dadah, dan disiplin yang dianggap meruncing.

“Paling mengecewakan sekarang, pegawai polis bukan saja gagal dalam penyeliaan, malah ada yang turut sama terbabit dalam kes jenayah.

“Seperti kes terkini apabila seorang asisten superintendan bersama enam pegawai rendah polis ditahan kerana melakukan pemerasan dan cabul ke atas seorang wanita ketika siasatan kes narkotik.

Jadi, semua warga polis harus mengambil iktibar dan peringatan atas apa yang berlaku ini, katanya menurut Berita Harian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara, di Bukit Aman.

Katanya, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) juga akan lebih proaktif mengambil tindakan mengesan salah laku pegawai polis.

Kepincangan yang berlaku tidak harus dipandang remeh, malah perlu dijadikan iktibar dan pastikan tidak berulang lagi.

Sumber: FMT

Post a Comment

0 Comments