CATATAN KHAS: TRAGEDI DOUBLE SIX

CATATAN KHAS: TRAGEDI DOUBLE SIX

Menyingkap peristiwa Double Six, merupakan antara minat saya dari awal lagi. Saya banyak membuat kajian, menelaah maklumat, serta mendengar dari mulut beberapa pemimpin veteren, selain merujuk fakta-fakta dari Arkib, termasuk Arkib Kebangsaan Australia dan bahan-bahan lain dalam penerbitan sebelum ini. Kini Jun akan tiba lagi, dan tarikh 6 Jun 1976 merupakan hari malang, sejarah pilu yang akan terus dikenang sepanjang zaman. Biarlah saya ceritakan kepada anda disini, semoga bahan tulisan saya ini dapat dijadikan panduan kepada anak-anak yang meningkat dewasa, sebagai lembaran sejarah penting bagi mereka.

TUN FUAD STEPHEN

Semasa USNO masih berkuasa, Tun Fuad yang ketika itu TYT yang di-Pertua Negara Sabah juga memainkan peranan menubuhkan Parti Berjaya. Menurut sumber, dikatakan aktiviti perbincangan ini dilakukan di Istana Negeri. Akibat pergolakan politik dalam kerajaan USNO, beberapa pemimpinnya mengambil langkah mengalihkan sokongan kepada Berjaya. Berjaya menang bergaya pada April 1976 dan membentuk sebuah kerajaan baru di Sabah.

Tun Mohamad Fuad menjadi satu-satunya yg mengangkat sumpah 2 kali Ketua Menteri Sabah, iaitu pertama kali pada 1963-1964, kemudiannya beliau melepaskan jawatan kpd Tan Sri Peter Lo dan dilantik sebagai Menteri persekutuan bertanggungjawab dengan Hal-Ehwal Sabah di bawah Jabatan Perdana Menteri. semasa Singapura bertindak keluar Malaysia 1969, beliau pernah melahirkan hasrat yg sama, bagaimanapun beliau tidak berjaya dalam perkara tersebut akibat tentangan sekutu Malaya ketika itu Tun Mustapha, beliau akhirnya dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Australia bagi menyejukkan keadaan di Malaysia.

Beliau dilantik sebagai TYT Yang Di-Pertua Negara Sabah yang ketiga (1973-1975) menggantikan Tun Pg Hj Ahmad Rafae, akibat pindahan perlembagaan, status ‘negara’ itu diturunkan menjadi TYT Yang Di-Pertua Negeri pada 1976 ketika Tun Hamdan menjadi TYT.

“Hampir setiap malam kami berkumpul dan berbincang di kediaman rasmi Tun Fuad semasa menjadi TYT, oh kawasan itu dikawal rapi, sana sini ada perisik, Tun Fuad membawa rakan2 berbincang, berbagai isu, tentang itu dan ini yang berlaku di Sabah, ketidakpuashatian dan macam2 lagi.. di sanalah timbulnya idea menubuhkan BERJAYA untuk menumbangkan USNO pimpinan Tun Mustapha. Setiap malam juga saya bantu membancuh Ribena minuman kegemaran Tun Fuad, sampai saya ikut suka meminumnya” – demikian pendedahan Datuk Hj Mohd Noor Mansor ketika saya menemuramah beliau di rumahnya pada 1 Jun 2015..

BERJAYA

Penubuhan BERJAYA ini mendapat restu dari Kuala Lumpur (Malaya)di bawah pimpinan Tun Husein Onn. Ini disebabkan berlakunya tentangan hebat dari Tun Mustapha dan USNIO berkaitan pembahagian royalti minyak selepas PETRONAS ditubuhkan pada tahun 1974. Tun Mustapha enggan menerima 5% dan berkeras mahukan 40% hasil minyak untuk Sabah. Ini menyebabkan Kuala Lumpur tidak berpuashati, dan menyokong penubuhan BERJAYA dengan harapan agar Minyak Sabah diperolehi, dan royalti 5% diterima.

Akhirnya pada pilihanraya 5-14 April 1976, Berjaya pimpinan Tun Fuad mengalahkan USNO dengan memperolehi 28 daripada 48 kerusi dipertandingkan. Tun Fuad mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-5 Sabah pada 15 April, 1976 dan ianya adalah utk kali kedua.

Kejatuhan Tun Mustapha dan Perikatan Sabah, dimana Tun Said Keruak (Allahyarham) (KM ke-4) membuka semula peluang Malaya utk memperolehi Minyak Sabah. Malaya yg dahagakan minyak Sabah mengalu-alukan kejayaan Berjaya, dan mula memujuk Tun Fuad utk menandatangani Perjanjian Royalti 5% Petroleum. Bagaimanapun dugaan Malaya meleset, Tun Fuad sedar minyak itu kepunyaan Sabah.

Tun Fuad juga tidak bersetuju dengan 5% dan berkehendakkan lebih dari jumlah tersebut. Perbincangan selepas itu berjalan dan Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Petronas memainkan perananan penting dalam rundingan dengan kerajaan Sabah pimpinan Tun Fuad  Stephan.
5 Jun 1976

Pada 5hb Jun 1976, Tun Fuad (Allahyarham) berada di Labuan menghadiri majlis sambutan kemenangan Parti Berjaya yang menumbangkan USNO pada penghujung April 1976. Bersama beliau ialah pemimpin kanan Berjaya seperti Datuk Peter Mojuntin. Dalam satu majlis pada petag 5 Jun tersebut, Tun Fuad menghadiahkan sebuah meja kayu dengan arca pulau Labuan kepada Tengku Razaleigh. Secara kebetulan hampir 10 tahun kemudian Kerajaan pimpinan Haris menyerahkan Labuan kepada Malaya.

Dokumen perjanjian dibawa ke Labuan akan tetapi Tun Fuad berkeras tidak mahu menandatanganinya kerana mahukan jumlah royalti dinaikkan. Perundingan ini menemukan jalan buntu. Bagaimanapun difahamkan rundingan tersebut akan hanya ditandatangani di Kota Kinabalu pada 7 Jun 1976 dengan beberapa perubahan dalam perjanjian. Ini dinyatakan bahawa Ishak Atan setiausaha Sulit Tengku Razaleigh menaiki pesawat bersama Tun Fuad pada keesokan harinya semata-mata untuk menyiapkan dokumen perjanjian. Apakah yang mau disiapkan sekiranya dokumen itu sudah tersedia untuk diturunkan tandatangan, melainkan adanya perubahan syarat yang terpaksa dibuat semula?


6 Jun 1976 


Pada awal pagi 6.6.1976 Tuan Fuad Stephen bergegas ke Kota Kinabalu dari Labuan dan telah merasmikan dan mengambil bahagian bersama  Johari Fuad,  Darius Binion, Chong Thien Vun, Datuk Salleh Sulong dan Pengawal Peribadi Tun Fuad iaitu Koperal Said dalam acara walkathon di Kota Kinabalu... Sementara Datuk Peter Mojuntin pula tidak turut serta kerana mau merasmikan satu majlis di Labuan. Tengku Razaleigh, Tun Abd Rahman Yakub Ketua Menteri Sarawak juga tidak turut serta.

Tun Fuad  sempat mandi dirumahnya selepas itu, menukar pakaian dan terbang balik ke Labuan utk acara sambutan kejayaan Berjaya di Labuan. Tun Fuad dikatakan mengajak Johari anaknya utk turut bersama ke Labuan. Maka kesemua mereka yang menyertai Walkathon tersebut seperti Darius Binion, Chong Thien Vun, Salleh Sulong, Koperal Said dan Johari Stephen menaiki penerbangan ke Labuan sebelum tengahari 6 Jun 1976.

Datuk Peter Mojuntin tak jadi naik MAS

Mendiang Datuk Peter Mojuntin dikatakan sudah menempah tiket penerbangan MAS Labuan-Kota Kinabalu dan akan bertolak pada petangnya. Akan tetapi Tun Fuad memujuknya untuk turut serta dalam penerbangan beliau menggunakan pesawat NOMAD kerana mau berbincang dalam perjalanan balik. Datuk Peter bersetuju dan turut menaiki pesawat malang itu.

Tengku Razaleigh Hamzah

2 buah Pesawat Nomad berada di lapangan terbang Labuan, salah satunya dipandu oleh juruterbang berpengalaman dalam perang dunia kedua, Captain Nathan, turut membawa bersama pemimpin Berjaya, Tun Abd Rahman Ketua Menteri Sarawak dan Tengku Razaleigh serta Setiausaha sulit beliau Ishak Atan. Sementara sebuah lagi dinaiki Harris yang bertujuan untuk melawat ladang lembu di Kudat.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Double Six menyimpul seribu satu persoalan yg  tak berjawapan. peranan Tengku Razaleigh sebagai Menteri kewangan dan Pengerusi Petronas adalah utk memastikan Sabah dan Sarawak dua buah negara di dalam pembentukan persekutuan Malaysia menandatangani perjanjian yg hanya memperuntukkan 5% royalti minyak.

dalam sebuah forum dianjurkan oleh Amanah pada bulan April 2010, TR telah menyatakan secara jelas betapa setiap kali dia ke Sabah, dia merasa cukup sedih kerana mengenangkan peristiwa Double Six. dia berkata, dia telah duduk bersebelahan Tun Fuad dalam kapal terbang dan sudah memakai tali pinggang keselamatan apabila Tim Ketua Menteri Sabah Datuk Haris tiba-tiba datang ke arahnya dan mengajaknya berpindah ke lain pesawat utk melawat ladang lembu di Banggi. TR bersetuju dan turut mengajak Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ketua Menteri Sarawak utk bersamanya. Sementara Ishak Atan tidak menyertainya kerana mau bergegas ke Kota Kinabalu menyiapkan dokumen perjanjian minyak tersebut.


KAPALTERBANG NOMAD TERHEMPAS SUATU TRAGEDI


Berbalik pada peristiwa itu, penerbangan yg hanya memakan masa 40 minit telah  hampir tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu tetapi tidak boleh mendarat kerana pusat kawalan udara melaporkan terdapatnya sebuah kapal terbang hendak berlepas dan  mengarahkan Kapalterbang Nomad  utk membuat satu  lagi  pusingan sehingga landasan selamat digunakan. maka kapalterbang Nomad melakukan pusingan dan berlegar di udara. sebaik mendapat kebenaran, kapalterbang Nomad mengalami masalah dan kemudiannya berputar sekali sebelum menjunam ke perairan cetek di perkampungan atas air Sembulan pada jam 3.41 minit 27saat.

Melalui ingatan Datuk Paul Wong, beliau berkata dia berada di Lapangan Terbang KK berhimpun bersama beberapa tokoh lain, untuk menyambut Tun Fuad dan rombongan. Tetapi kemudian seorang pegawai penerbangan memaklumkan kapal terbang membawa Tun Fuad terhempas di Sembulan.

Commisioner Police Yusof Khan dan Tan Sri Ben Stephen adik Kandung Tun Fuad adalah antara yg terawal berada ditempat kejadian. Photo dibawah merupakan kenyataan Yusof Khan. menggambarkan betapa ngerinya impak nahas kepalterbang Nomad tersebut pada petang yg berduka 6/6/76.

Tun Fuad dikenali daripada bentuk tubuhnya yg gempal, darah mengalir dan menukar warna air laut menjadi merah, kesemua mayat dihantar ke Hospital dan dijahit diperelokkan. Sebelum ditempatkan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu utk diberikan penghormatan terakhir.

Sabah menangis mendengar perkhabaran pejuang-pejuang  Sabah yg terkorban dalam nahas Kapalterbang Sabah Air Nomad GAF N22B, rakyat pelbagai bangsa dan agama berpusu-pusu ingin melihat pemergian mereka. sesungguhnya, kita kehilangan anak bangsa yg benar-benar berjuang utk kita.. termasuklah apabila Singapura ditendang keluar dari Persekutuan, Tun Fuad dengan lantang berkata 'jika Singapura telah tiada, maka Sabah perlu mengkaji kedudukannya dalam Persekutuan dan tidak perlu lagi Borneo berada dalam Persekutuan Malaysia'

Tragedi itu telah menyebabkan kesemua penumpang dalam Pesawat GAF Nomad pada 6 Jun 1976 terkorban. pesawat malang dalam perjalanan balik ke kota Kinabalu dari Labuan terhempas di perairan Sembulan.

Sebagaimana proses siasatan kemalangan kapalterbang, maka Kotak Hitam merupakan bahan bukti utama siasatan selain badan pesawat. Laporan menyeluruh masih disimpan di Australia dan diklasifikasikan sebagai sulit utk tatapan umum. pihak yang boleh memintanya ialah Kerajaan Persekutuan, malangnya hingga kehari ini, pihak Persekutuan enggan berbuat demikian.

Rakyat Sabah terpaksa menunggu 9 tahun lagi apabila kes ini genap 50 tahun barulah dapat dibuka kepada tatapan umum.

1. TUN MOHAMMED FUAD STEPHENS
Ketua Menteri Sabah
2. DATUK SALLEH SULONG
Menteri Kewangan
3. DATUK CHONG THAIN VUN
Menteri Perhubungan dan Kerjaraya
4. DATUK PETER J. MOJUNTIN
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
5. DATUK DARIUS BINION
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri
6. DATUK WAHID PETER ANDU
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
7. Dr SYED HUSSIN WAFA
Pengarah EC Planning Negeri
8. ENCIK ISHAK ATAN
Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh
9. Kpl. SAID MOHAMMAD
Pengawal Peribadi Ketua Menteri
10. ENCIK  JOHARI  STEPHENS
Anak kepada Ketua Menteri
11. CAPT. GANDHI NATHAN
Juruterbang.

Haris Salleh CM KE-6

Datuk Harris Salleh (Tan Sri) pada malam itu telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-enam menggantikan Allahyarham Tun Fuad yang terkorban dalam nahas Nomad kepunyaan Sabah Air pada petang hari yang sama. Majlis tersebut diadakan di Istana Negara Sabah dihadapan yg di Pertua Negara Tun Datuk Hamdan Abdullah. antara yg hadir menyaksikan majlis angkat sumpah ialah Datuk James Ongkili, Menteri Pertanian dan Perikanan dan diplomat negara luar.

Datuk Harris kemudian mempengerusikan Mesyuarat di bilik Operasi Negeri, antara yg hadir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ketua Menteri Sarawak, Timbalan Menteri Teknologi, sains dan.alam sekitar Persekutuan, Datuk Abdullah Ahmad dan Timbalan Ketua Menteri.Sarawak Datuk Sim Kheng Hong (bapa kpd Dr. Sim, Adun Batu Kawah, Presiden SUPP sekarang)

Ada yang mempersoalkan kenapakah Harris mengangkat sumpah pada malam kejadian, jawapan tanpa prejudis, Datuk Harris selaku Tim Ketua Menteri sebelum itu hendaklah menjadi Ketua Menteri, bagi mengawal keadaan, mengetuai sebarang upacara Negeri dan membuat sebarang keputusan yg konsensus. Dalam melaksanakan tugas sebagaimana di peruntukan melalui undang-undang Negeri, maka tidak perlu dipersoalkan kelayakkannya pada masa dan tempat tersebut. kerana sememangnya ia melalui proses undang2 biasa apabila seorang Ketua yg meninggal dunia secara tiba-tiba.

yang paling utama ialah TYT berpuashati melantiknya sebagai Ketua Menteri berdasarkan peruntukan Artikel 10 fasal (2) (a) Perlembagaan Negara Sabah yang mana TYT mempunyai kesan dan kuatkuasa bagi melaksanakan fungsi-fungsinya dibawah Perlembagaan atau mana-mana undang2 yg lain, dan TYT boleh menggunakan budibicaranya apabila melaksanakan fungsinya bagi perkara fasal (2) dinyatakan.

ketiga dan patut anda renungkan, keputusan segera itu dapat dibuat kerana BERJAYA ketika itu adalah Parti Tempatan yang memerintah dan boleh membuat keputusan tanpa perlu berunding dengan Parti Malaya. sebagaimana keadaan di Sarawak pada masa sekarang.

PASUKAN PENYIASAT AUSTRALIA

selepas kejadian berlaku, Syarikat Pembuat kapalterbang Nomad telah menghantar pasukan penyiasat dari Australia diketuai oleh Chief Pilot Stuart Pearce, Chief Designer David Hooper dan 2 lagi Pegawai dari Jabatan Pengangkutan Udara Australia, bagi mengenal pasti kemalangan itu berpunca dari masalah teknikal ataupun tidak, kerana Jabatan Pengangkutan Australia telah mengeluarkan sijil kepada pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-ATZ berkenaan selamat bagi membolehkannya diguna utk tujuan penerbangan.

Pasukan penyiasat  yang ditubuhkan itu telah membuat penyiasatan sehingga 28/10/1976 atau selama 4 ½ bulan. laporan tersebut sehingga kini masih didalam simpanan Arkib Kebangsaan Australia dengan no pendaftaran file NAA B5535 dan diklasifikasi sebagai dokumen C.S.R (confidential, Secret and Restricted).

Dimanakah laporan ini dan kenapakah ianya tidak didedahkan?
jawapannya  adalah - Act 33 (1) (a) 'information or matter the disclosure if which under this act could reasonably be expected to couse damage to the security, defence or international relations of the commonwealth.

Ini telah menghalang kita mengakses laporan siasatan tersebut. menurut undang2 penyimpanan dokumen antarabangsa, kita hanya boleh mengaksesnya mengikut peraturan dan saluran sedia ada setelah ianya berusia 50 tahun. KECUALI Kerajaan Persekutuan meminta rekod laporan itu dikeluarkan oleh Arkib Australia pada masa sekarang. Bagaimanapun, Ketua Menteri boleh melakukannya dgn menulis surat dan meminta kerajaan berbuat demikian. KERANA SEKIRANYA TIADA PERMINTAAN SABAH, IANYA TIDAK AKAN MENCUIT PUNGGUNG MALAYA UTK MELAKUKANNYA. bilamana ada kemahuan, permintaan maka pasti ada jalan. kecuali memang mereka tidak mau melakukanya.

APA KESAN DOUBLE SIX KEPADA SABAH

didalam bahagian ini saya akan merumuskan beberapa perkara yg berlaku selepas Double Six nahas kapalterbang Nomad kepunyaan Sabah Air yg mengorbankan Tun Fuad, Datuk Salleh, Datuk Peter, Chung Thien Vun, Darius Banion dan 6 yg lain.

(1) Minyak, perjanjian yg ditandatangani pada 14 Jun 1976 iaitu 8 hari selepas peristiwa Double SIX bukan sahaja mengambil pegangan minyak dan gas Sabah tetapi menyebabkan Sabah menjadi paling miskin di Malaysia jika dinilai dari kedudukan Sabah, Sarawak dan Malaya dlm Pembentukan Malaysia. Sabah hilang punca pendapatan utama dan terbesar. kita tercicir dan jauh terperosok ke belakang. ianya tidak begitu dirasai pada 9 tahun pertama, tetapi pada tahun ke10 dan berikutnya sehingga sekarang terbukti bahawa Sabah TERCOROT. Jika perjanjian itu tidak ditandatangani, atau kepimpinan ketika itu mengulangi kekerasan hati Tun Fuad, sudah pasti kita hari ini memperolehi pendapatan yg tinggi dan menjadi negara terkaya. kita hari ini menjadi ejekan, 'negeri kaya, rakyatnya Miskin'

(2) TYT - Tun Hamdan sepatutnya menghabiskan tempoh beliau.sebagai TYT dgn gelaran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negara. akan tetapi akibat kelicikan Malaya dgn lagunya Dari Perlis sampailah ke Sabah, kita sudah merdeka, lantas menggunakan segala peluang utk.meminda perlembagaan dan Di dewan Undangan Negeri Sabah akhirnya terpedaya dan status itu diturunkan kpd Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri dan itu mengesahkan kedudukan wilayah ke-12 dalam Malaysia.

ini mencabuli dan bertentangan dgn laporan IGC 1963, chapter lll, para 20 (1) - the Head of State should be known as Yang Di-Pertua Negara in the case of North Borneo. semua orang sedia maklum, IGC merupakan badan terpenting yg membincangkan pelbagai perkara dan syarat bagi pembentukan Malaysia selain laporan Cobolt. maka sudah seharusnya kita menuntut Artikel 1 (1) Perlembagaan Sabah dipinda semula bagi mengembalikan status TYT sesuai dgn kedudukan Sabah semasa menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 bersama Sarawak, Malaya dan Singapura.

PERSOALAN MENUNGGU JAWAPAN


Ramai daripada kita terus menunggu file laporan nahas berisi 50 folio yg masih tersimpan di Arkib Nasional Australia. ianya adalah laporan penuh. dan tidak boleh diakses mengikut undang-undang komenwell sebagaimana saya pernah ceritakan di episod yg lepas.


melalui perspektif ini saya membawa anda ke suatu sudut yg lain. KUALA LUMPUR telah menerima laporan itu awal sejak 14 Julai, 1976.

APA YG DIHANTAR KE KUALA LUMPUR DARI MELBOURNE PADA 14 JULAI, 1976. ?????

TELEX atau sistem penghantaran maklumat yg sama sifatnya seperti email, telegram atau sms pada hari ini dihantar daripada GAF (Government Aircraft Factories) berpengkalan di Melbourne memaklumkan laporan mereka akan kembali ke Australia pada 7/7/1976 dan laporan nahas Nomad tersebut akan dihantar ke Kuala Lumpur sebelum atau pada 14 Julai 1976.. DAN Kemudian Kuala Lumpur memaklumkan telah menerima laporan itu melalui TELEX pada 19/7/1976.

APAKAH LAPORAN PADA 14/7/76 ITU BERBEZA DGN LAPORAN YG TERSIMPAN DI ARKIB AUSTRALIA(NAA)???
JADI DIMANAKAH LAPORAN YG DITERIMA OLEH KUALA LUMPUR DARIPADA GAF MELBOURNE?

 apakah isi kandungannya. Siapa dan dimana laporan ini? jika perlu menunggu 50 tahun utk laporan di NAA dikeluarkan. Kenapa kita tidak menuntut laporan bertarikh 19/7/1976 di siarkan? dimana ia disembunyikan? apakah kandungannya yg begitu sulit?

melalui Hansard bertarikh 28/10/1976 dan satu-satunya soalan di parlimen berkaitan Double six. Tim Menteri Pengangkutan menjawap bukanlah masalah teknikal atau sabotaj tetapi kapalterbang itu terhempas akibat human error.

JIKA BENAR ianya adalah kecuaian juruterbang atau kecuaian manusia, kenapakah ianya tidak didedahkan kepada umum. APA yg sensitif sangat hinggakan ianya terus diklasifikasikan sebagai RAHSIA? Apa yg dirahsiakan?

siapakah boleh mengandaikan sesuatu yg tidak diingini sebenarnya terkandung di dalam folio di NAA atau laporan yg dihantar oleh GAF ke KL pada bulan julai itu? terus menimbulkan persoalan.

Post a Comment

3 Comments