Jaimah Omilin Exco Pemuda SAPP mengulas kenyataan Yang dikeluarkan oleh Sorayah Kingis, blogger Dari parti Warisan yang mengatakan Pembangkang Sabah takut dilupakan terpaksa Cari isu di media sosial.
"Soraya sepatutnya lebih matang kerana dia gemar mengkritik kerajaan sebelum ini, Sudah pasti dia mengkritik berasaskan kejadian yang berlaku dan ianya adalah perkara yang Sama dilakukan oleh mana-mana pihak jika kritikan itu dibuat" jelas Jaimah
PEMBANGKANG, tugasnya adalah untuk mengkritik dasar² kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat warganegara..! Pembangkang tidak akan bertindak tanpa fakta yang tidak berasas
MANAKALA kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan pada hari ini hanya tahu berpolitik tetapi gagal mengurus tadbir kerajaan dengan begitu banyak masalah Yang tak kunjung selesai, lembab Dan mengutamakan satu golongan masyarakat Sahaja. Ini adalah perkara yang amat tidak menyenangkan Sabahan keseluruhannya.
SEMEMANGNYA kerajaan Warisan juga gagal menjaga perlembagaan negeri ini apabila individu yang bernaung disebalik nama PARTI itu bertindak sesuka hati seolah-olah roda mati yang tidak akan pernah berpusing lagi di esok hari.
KERAJAAN Warisan angkuh dan sombong, pantang di kritik oleh pembangkang pasti akan membidas dengan cara pemikiran yang tidak matang, ini benar² menunjukkan mereka itu hanyalah kumpulan yang belum layak digelar kerajaan.
" Bersikap matang Dan bukan seperti keanak-anakan apabila rakyat mengkritik melalui platform media atau melalui mana-mana organisasi akibat kesedaran mereka, Kerajaan Hari ini bukan menang Dalam pilihanraya sebaliknya merebut kuasa dengan bantuan katak-katak politik" tegas Jaimah lagi
Sabah tune.
2 Comments
Dia mungkin perasan dia matang. Maklumlah dibayar gaji.
ReplyDeleteSiapa tak tau penulis Warisan. Tak Ada gaji tak Ada Tulisan😂
ReplyDelete