PRU14 sudah berakhir..Peneraju Tampuk pimpinan kerajaan Sabah sudah BerUBAH..kita menunggu lagi janji2 kerajaan di Sabah. Sudah hampir setahun, kini rakyat Sabah Perlukan suara yang lantang dan jitu dari pihak pembangkang untuk bersuara di parlimen bagi memastikan Kerajaan Baru Menjalankan tugas dan tanggungjawab serta menunaikan Manifesto mereka.
Kita melihat perebutan kerusi Parlimen di Sandakan adalah satu titik baru untuk menterjemah sejauh manakah fungsi Pembangkang untuk mengimbangi kuasa politik di Malaysia, Sabah khususnya.
kerusi Parlimen ini merupakan satu platform yg baik untuk bakal MP mengkritik, menyampaikan hujah dan menegur kerajaan kerana hebahan yg lebih meluas di peringkat Persekutuan.
Oleh yg demikian, Orang yang bakal duduk di kerusi parlimen tersebut haruslah cukup berpengalaman, bukan saja dari sudut politik, tapi juga dari sudut perundangan, perlembagaan, pentadbiran sesebuah kerajaan, mahir dalam kepelbagaian isu serta mempunyai pendirian yg kukuh dan tahan tukul.
Saya ada membaca dan mendengar nama2 yg disebut-sebut untuk mewakili pembangkang di PRK Sandakan..Harapan Saya sebagai rakyat biasa terhadap pemimpin di blok pembangkang, siapa pun Wakil anda.. silalah Bermuafakat, lupakan dahulu personal matter kalau ada, tumpukan perhatian dan hantar orang yg betul2 berkebolehan untuk bersemuka dengan gergasi2 di Seberang. Sabah perlukan lebih banyak pemimpin yg lantang dan bersuara Padu di pentas Parlimen. Sekian!
Charles Gokin.
Pen. Ketua Penerangan
EXCO PEMUDA SAPP
#PRKSandakan
3 Comments
Saya mencadang dan menyokong penuh jika calon PRK Sandakan ialah Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee!
ReplyDeleteYang lain bukan tidak boleh, boleh...tetapi DYTL sudah terbukti lantang dan berani, pemimpin mcm inilah yg Sabahan mahukan di Parlimen.
Terima kasih Ada pandangan tuan.
ReplyDeletePbs Dan star masing2 Sudah Ada wakil. Tapi belum cukup. Sabah mesti Ada Yang berani bersuara. Sandakan kena buka Mata. Perlu check and balance Dalam parlimen
ReplyDelete