Panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan SLS mempunyai locus standi bagi memulakan semakan kehakiman.
Panel tiga hakim diketuai oleh Nallini Pathmanathan, yang bersidang bersama-sama Zabariah Mohd Yusof dan Rhodzariah Bujang, menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini. |
KOTA KINABALU: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam negara untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) bagi memulakan semakan kehakiman berkaitan isu hak 40% hasil negeri itu seperti termaktub bawah Perlembagaan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Nallini Pathmanathan, yang bersidang bersama-sama Zabariah Mohd Yusof dan Rhodzariah Bujang, menyampaikan keputusan itu hari ini.
Susulan keputusan itu, kes berkenaan akan diteruskan dengan perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi yang akan mendengar merit semakan kehakiman berkenaan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Menurut penghakiman panel itu, SLS mempunyai locus standi bagi memulakan semakan kehakiman dalam kes ini, justeru tiada keperluan untuk memberikan kebenaran.
Pada 18 Jun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan kerajaan persekutuan terhadap kebenaran yang diberikan kepada SLS bagi memulakan semakan kehakiman bagi memaksa 40% hasil persekutuan dari Sabah dipulangkan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Pada 11 Nov 2022, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memberi kebenaran kepada SLS untuk memulakan semakan kehakiman selepas memutuskan ia mempunyai locus standi untuk berbuat demikian dalam isu berkepentingan awam.
Jabatan Peguam Negara memperoleh perintah penggantungan bagi menghalang Mahkamah Tinggi mendengar merit kes itu sebelum rayuan selesai.
SLS memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2022 bagi membatalkan warta kerajaan persekutuan mengenai geran tahunan sebanyak RM125.6 juta bagi Sabah atas dakwaan ia melanggar hak hasil negeri itu bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
Sumber:FMT
0 Comments