KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan meminta Bersatu membenarkan beliau berundur sebagai ketua penerangan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapinya di mahkamah.
“Saya telah minta presiden parti (Muhyiddin Yassin) dan Majlis Pimpinan Tertinggi untuk menggantikan saya dengan orang lain sebagai ketua penerangan,” katanya pada sidang media.
“Saya sudah maklumkan kepada presiden dan setiausaha agung (Hamzah Zainudin) mengenai keputusan saya, tetapi keputusan muktamad akan dibuat oleh parti.
Tambahnya, beliau akan bertemu Muhyiddin hari ini untuk membincangkan langkah seterusnya.
Semalam, Wan Saiful minta dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan inisiatif Jana Wibawa.
Beliau juga dituduh meminta suapan melibatkan projek bernilai RM232 juta berkait inisiatif berkenaan.
Sumber: FMT
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.