Saya Dexter Chin, Ahli Majlis Tertinggi, Naib Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP)
Hari ini 24 Feb, 2022, saya ditugaskan Oleh YB Datuk Yong Teck Lee untuk menghantar Usul Sabah IC ke Pejabat Speaker di Dewan Undangan Negeri Sabah...
Sebaik diberikan tugas tersebut, hati saya berdebar-debar. Saya terbayang wajah Isteri dan keluarga saya. Sekeping sampul Surat itu tidak begitu tebal Dan besar, tetapi sungguh berat apa yang terkandung di dalamnya. Ianya adalah harapan seluruh rakyat Sabah. Begitulah berharganya.
Sejak saya terlibat aktif dalam politik melalui Pemuda SAPP Dan juga sebagai aktivis, saya memahami betapa SAPP telah berusaha, berkempen, mengadakan jelajah Dan sebagainya sejak tahun 2012 Dan menjadi Salah satu menifesto parti pada pilihanraya 2013. Tekad dan keazaman semua pejuang tidak pernah berhenti.
Sebaik Tiba di pintu Dewan Undangan Negeri Sabah, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Kerana saya harus segera menyampaikan sampul yang mengandungi usul Sabah IC dari Datuk Yong. Disinilah seribu harapan, di sinilah Masa depan.
Alhamdulillah, saya Merasa lega kerana menyelesaikan tugas Penting ini. Sama-samalah Kita berdoa, semoga Usul ini diterima, disenarai Dan berjaya di bentangkan Oleh Datuk Yong Teck Lee pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah bulan Mac ini.
1 Comments
Terbaik Sdr Dexter, keberanian dlm perjuangan utk menjayakan usul itu sangat saya junjung tinggi. Semoga diluluskan oleh DUN Sabah.
ReplyDeleteSegala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.