Pasukan Merah Bantu mangsa banjir Penampang Dan Kinarut

Pasukan Merah Turun Padang Bantu kawasan banjir di Penampang dan Kinarut 

Kota Kinabalu: 20 Sept, 2021

NGO DRAF atau lebih dikenali sebagai Pasukan Merah kerana sering memakai pakaian, ikat kepala atau tangan berwarna merah, turut menjalankan khidmat masyarakat yang terjejas akibat banjir lumpur yang melanda beberapa kawasan di Penampang dan Kinarut.
foto: anggota pasukan Merah membantu membuang pasir yang tebal dari permulaan lantai

Banjir Besar tersebut telah mengubah rupa fizikal beberapa perkampungan yang menyaksikan kerosakan harta benda dan kenderaan selain lumpur setebal 1 kaki. Kampung yang paling terjejas teruk ialah Kg Sugod di Penampang serta kampung di sekitar kawasan Penampang Dan Kinarut. 

Banyak kemudahan turut mengalami kerosakan seperti sekolah Dan Jambatan.
foto: Jonie mengangkat Kayu melalui Jambatan yang rosak akibat banjir lumpur


Jonie Chong yang mengetuai NGO Drag dalam aktiviti kemasyarakatan tersebut telah berkongsi gambar aktiviti mereka di laman Facebook.
foto: Penduduk membina Jambatan bambu disebabkan jalanraya terputus akibat banjir

Beliau turut menyatakan pasukan Merah telah berada di kg Sugod Dan Labak selama 3 Hari bagi membantu penduduk setempat. 

Post a Comment

0 Comments