Kehadiran Jonathan pada jemputan rumah terbuka dihargai rakyat

 


RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin terus mendapat penghargaan daripada penduduk kerana kesudian beliau hadir dalam majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.

Ramai Ketua Keluarga yang mengadakan majlis rumah terbuka menyifatkan beliau sebagai pemimpin mesra, peramah dan pejuang rakyat.

"Jonathan seorang pemimpin yang cukup mesra, disegani dan berjiwa rakyat," kata seorang Ketua Keluarga, Sharifudin Yusin yang mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Kampung Himbaan yang  terletak 30 kilometer dari Pekan Ranau.

Mereka mengakui keprihatinan Jonathan bersama rakyat tanpa mengira agama, kaum dan idologi politik menjadi tunggak perpaduan serta mampu memupuk persaudaraan dan keharmonian antara rakyat dengan pemimpin.

"Pemimpin macam Jonathan adalah wakil rakyat yang kita cari dan kekalkan untuk membela serta memperjuangkan keperluan rakyat," kata Sharifudin.

Dalam pada itu, Jonathan turut hadir ke jemputan yang sama di beberapa buah kampung di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Karanaan dan Paginatan.

Hadir sama Pegawai Pemantau Projek Parlimen Ranau, Dominik Kasuman dan Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Zita Fedilis. 


Sumber: Utusan Borneo

Post a Comment

0 Comments