GRS:Masing-masing komponen mempertahankan kerusi

 


MoU kerjasama antara PBS dan STAR yang dimaterai pada Khamis antara lain membuat ketetapan bahawa masing-masing komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempertahankan kerusi masing-masing.

Makna kata, jika berlaku kerjasama pilihan raya dengan mana-mana parti perlu akur dengan ketetapan itu.

Sebarang tambahan kerusi hanya pada kerusi-kerusi yang tidak sandang mana-mana komponen gabungan tersebut. Demikian juga parti komponen yang tiada kerusi, jika berhasrat meletakan calon, maka hanya pada kawasan-kawasan yang tidak disandang mana-mana parti komponen.

Walaupun PBS dan STAR adalah parti yang mewakili kawasan bumiputera bukan islam, akan tetapi menghormati kerusi yang disandang parti komponen lain dan tiada cadangan menuntut kerusi-kerusi tersebut.

Tujuan MoU dua parti komponen GRS itu untuk memastikan kedudukan GRS semasa PRN-17 khususnya di kawasan bumiputera bukan islam kukuh.

Parti komponen GRS yang mempunyai kerusi selain PBS dan STAR juga Gagasan Rakyat dan PHRS. Di antara empat parti komponen yang mempunyai kerusi, Gagasan Rakyat mempunyai bilangan terbanyak.

jika kerjasama berpasukan semua parti komponen berjalan dengan baik maka calon-calon gabungan tersebut tiada masalah mempertahankan kerusi masing-masing.

Dengan mempertahankan kerusi masing-masing maka jaminan selepas PRN itu, kerajaan negeri akan meneruskan pemerintahan sepenggal lagi.

GRS perlu membuat ketetapan jelas, bahawa tiada rundingan dengan mana-mana parti berkaitan kerusi-kerusi yang disandang termasuk dengan “rakan” kerjasama semasa pilihan raya, melainkan rundingan kerusi hanya untuk kawasan-kawasan parti lawan.

Pada PRN-17 akan datang, lawan GRS adalah Parti Warisan dan Umno Sabah. Jika pun berlaku semua parti bekerjasama sesuai dengan kerjasama di Peringkat Persekutuan, maka kerjasama itu mengekalkan status quo sebelum pembubaran DUN, bukannya bersandar pada keputusan PRN-16.

Jika mengambilkira kedudukan sokongan pada Peringkat Persekutuan, maka komposisi kerusi masing-masing parti adalah seperti yang ada. Ertinya, selepas PRN itu, akan bergantung rundingan apa kah DUN Sabah tiada wakil rakyat berstatus pembangkang.

Dalam politik itu penuh dengan kemungkinan, dan tidak mustahil DUN Sabah tiada wakil rakyat pembangkang.

Apabila semua wakil rakyat adalah penyokong kerajaan, maka memudahkan kerajaan menyusun setiap kemajuan di semua kawasan dan dengan keadaan demikian akan berlaku kemajuan yang sama rata untuk semua kawasan. Keadaan sedemikian adalah lebih baik kerana rakyat lah yang merasainya.

Sumber: SabahBaruNews

Post a Comment

0 Comments