Apakah halatuju Rakyat Sabah beberapa tahun ke hadapan? Siapakah yang akan mengemudi Sabah di masa hadapan? parti dari manakah yang akan menerajui Kerajaan Sabah 5 tahun dari sekarang? Berapa banyak masa lagikah yang diperlukan untuk rakyat Sabah boleh saling merasai denyut nadi sesama Sabahan?
Tentunya banyak persoalan yang bermain di minda para pembaca juga. Anda juga tentu mempunyai idea menarik untuk dikongsi.
Selagi bukan parti tempatan yang mendominasi pentas politik di Sabah, selagi itu terdapat kekangan-kekangan, sekatan-sekatan yang berkemungkinan muncul di mana-mana pelusuk pentas politik. Kesannya adalah kepada kekuatan kuasa rundingan kerajaan Sabah dengan kerajaan Persekutuan.
Sejarah telah membuktikan bahawa ketika rakyat Sabah bersatupadu menyokong parti tempatan Sabah, ada saja anasir-anasir luar yang akan membentuk proksi dan campur tangan dalam mempengaruhi jatuh dan bangun parti yang mentadbir kerajaan Sabah itu.
Apakah kita telah melupakan sejarah? atau adakah kita telah belajar sesuatu daripadanya? Bagaimana USNO ditumbangkan BERJAYA? bagaimana BERJAYA ditumbangkan PBS? Jika parti tempatan Sabah kelak berjaya mendominasi semua DUN Sabah, apakah akan ada campur tangan dari luar semula? Berapa lamakah kerajaan tersebut akan bertahan?
Aki percaya ilmu pengetahuan dan kesedaran politik rakyat Sabah sudah setapak ke hadapan berbanding dengan Era sebelum mellenium Y2K. Terima kasih kepada kemajuan teknologi maklumat yang memungkinkan ini berlaku.
Ungkapan "There is no perfect Government" adalah benar. setidaknya, rakyat Sabah sudah mempunyai ilmu menilai, menapis dan membuat pilihan terbaik. Senario terbaik pentas politik Sabah adalah penguasaan total parti tempatan keatas seluruh DUN dan Parlimen Sabah. Aki tidak nafikan, dalam setiap kerajaan yang bangkit, tentu ada ulatnya, ada individu yang menjadi "Nila Setitik" namun bila kita berkata tentang "look at the bigger picture" tentunya pemahaman anda menjadi lebih luas.
Menjawab persoalan di perenggan kedua, kita mahu Sabah menjadi sebuah Wilayah yang lebih maju dan makmur, setaraf dengan Malaya dan Sarawak melalui pentadbiran yang dikuasai sepenuhnya oleh parti tempatan. Kita mahu parti tempatan yang mengemudi Kerajaan Sabah secara total, bukan Parti dari luar. Setakat ini GRS berada di landasan yang cantik seperti GPS, cuma penguasaannya terhadap pentas politik Sabah belum mencukupi untuk ia mempunyai kekuatan kuasa rundingan yang setanding dengan Sarawak.
Apakah Parti Luar yang menyebabkan kerugian kepada Sabah? Apakah YB atau Calon bukan Rakyat Sabah? Kenapa mereka mempertahankan penguasaan parti luar keatas Sabah yang jelasnya merupakan satu kerugian kepada rakyatnya serta? bila bercakap tentang "parti luar" sudah tentu ia berhasrat untuk menguasai Sabah, merampas kuasa politiknya bukan? DAP,BN,PN dan PH, siapa diantara mereka yang merupakan parti luar paling berkuasa di Sabah?
Patutkah rakyat Sabah berkempen menggunakan slogan "Tolak Parti Luar" atau "Asal Parti Sabah" atau "Asal bukan Malaya" untuk persediaan PRN akan datang?
Aki tinggalkan coretan kali ini dengan persoalan yang mungkin ramai diantara anda yang mempunyai jawaban. Sekian!
Soalan: Siapakah penyelamat parti luar?
Jawapan: YB parti dari Malaya Terutamanya DAP dan BN
~Aki
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.