PETALING JAYA: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan RON97 mencatat kenaikan sebanyak 7 sen bagi minggu hadapan.
Bagi tempoh 19 Jun hingga 25 Jun, harga runcit diesel di Malaysia Barat diselaraskan kepada RM2.81 seliter, meningkat daripada RM2.74 seliter sebelum ini.
Walau bagaimanapun, harga baharu itu masih lebih rendah berbanding kadar diapungkan pada 10 Jun tahun lalu, yang mencatat RM3.35 seliter.
Dalam masa sama, harga runcit RON97 turut naik daripada RM3.07 seliter kepada RM3.14 seliter.
Kementerian Kewangan memaklumkan, penyesuaian harga ini selaras dengan trend peningkatan harga pasaran minyak global.
Sementara itu, harga runcit RON95 kekal RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut dikekalkan pada RM2.15 seliter.
Sumber: FMT
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.