Ketika kerajaan Warisan mengambil alih pentadbiran Negeri Sabah, Pelbagai usaha politik dilakukan menggunakan kuasa pentadbiran untuk menggantikan atau Swap jawatan-jawatan penting dalam perjawatan awam di Sabah. Sebagai Contoh, jawatan-jawatan penting seperti pengarah Jabatan air dan sebagainya digantikan dengan orang yang tidak mempunyai kelayakan atau merit sama sekali untuk menjawat jawatan tersebut (Isu Perlantikan Amarjit Singh).
Tidak cukup dengan itu, Individu yang langsung tidak mempunyai kelayakan mahupun pengalaman diberi Jawatan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah (Peter Anthony) menyebabkan masalah kerencetan pembangunan di Sabah bertambah-tambah.
Akibatnya, Projek-projek penting seperti Pelaksanaan Pan Borneo, Infrastruktur Jalan seperti flyover dan Jalan-jalan utama seperti KK-Sandakan-Twu-Lahad Datu mengalami kelewatan atau terbengkalai dalam tempoh masa yang sangat lama.
Pada Era Bung Mokhtar sebagai menteri Kerja Raya Sabah, dapat dilihat projek-projek besar seperti Jalan-Jalan di Sekitar Kota Kinabalu sahaja yang diberi perhatian sedangkan Jalan-jalan di luar bandar yang menghubungkan Pantai Timur dengan Pantai Barat agak ketinggalan. Ini adalah ketidak seimbangan pembangunan Infrastruktur sehingga selepas beliau berpaling tadah dengan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan dengan presiden Warisan iaitu Shafie Apdal, Menteri Baharu yang dilantik terpaksa berhadapan dengan masalah akibat ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur yang ditinggalkan.
Sudah pasti, Kontraktor-kontraktor yang melaksanakan projek-projek berkemungkinan ramai yang masih sama, iaitu dipilih semasa pentadbiran Bung Mokhtar atau Peter Anthony.
Oleh itu Sejurus Menteri Baharu mengambil alih tugas, beberapa masalah berkaitan air dan jalanraya timbul (ada juga yang memang sudah berlaku sebelumnya). Apakah ini disebabkan oleh ketidakcekapan kontraktor -kontraktor yang dilantik oleh pentadbiran Bung Mokhtar dan Peter Anthony atau tidak? apakah ianya disengajakan? berbagai persoalan mungkin muncul di benak pemerhati Politik.
Maka oleh itu, beberapa pandangan berpendapat bahawa, cadangan untuk GRS bertanding di kesemua Kerusi DUN pada pilihanraya akan datang amatlah disarankan memandangkan ia sudah menjadi Salah satu Wadah yang membolehkan Sabah terus maju ke hadapan. Sekiranya GRS dapat menguasai pentas politik Sabah, sudah pasti banyak kebaikan yang akan dicapai oleh Negeri itu kerana Kuasa berundingnya akan lebih besar dan apatah lagi jika penguasaannya mencapai atau melebihi 2/3 daripada kerusi Dewan Undangan Negeri, maka sebarang pindaan boleh dibuat tanpa dipengaruhi oleh kerajaan Pusat. Selain itu, risiko untuk kerencatan pembangunan disebabkan komplot contohnya "Langkah Kinabalu" oleh Umno (Bung Mokhtar Group) dan Warisan (Shafie Apdal) dapat dielakkan.
Sesuai dengan Pesan daripada Sir William Goodie, "Make Your Government Stronger", mesej ini sebenarnya disampaikan bagi seluruh Rakyat Sabah. Oleh itu, Rakyat Sabah haruslah mengumpulkan sokongan kepada Satu Platform tempatan dan platfom itu haruslah dikuatkan supaya ianya nanti akan membawa kemakmuran kepada Negeri itu dan Rakyatnya. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah, rakyat perlu melihat apakah inisiatif-inisiatif kerajaan Sabah pada ketika ini, apakah Pentadbiran kerajaan ini sedang berkembang dan perlukah kerajaan ini diperkuatkan lagi. Apapun, yang paling penting di sini adalah Penguasaan Parti tempatan di Sabah agar Negeri ini dapat mengejar dan Kekuatannya selari dengan Kekuatan Parti Tempatan di Sarawak. Tiada ruginya kita belajar daripada Sarawak bagaimana mereka menjadi lebih kuat dan kukuh.
-BorneoLens
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.