Umum tahu bahawa federalisma merupakan Konsep Pembentukan Malaysia yang akhirnya mengheret kepada kebergantungan Sabah dan Sarawak dari segi peruntukan dan aset--aset keselamatan, pendidikan, Kesihatan dan banyak lagi kepada kerajaan persekutuan.
Malangnya, semua kebergantungan yang disebutkan juga dipengaruhi oleh kekuasaan politik yang tertumpu di Putrajaya. Apabila Sesebuah kerajaan Negeri itu lemah dari segi kekuatan politiknya, Putrajaya yang ditadbir oleh kuasa politik yang lebih besar akan lebih mudah untuk menguasai sebarang bentuk demografi di wilayah tersebut.
Melihat kepada situasi ketika ini, Penguasaan Politik di Malaya sudah terbahagi kepada beberapa kelompok iaitu, PN, PH, BN dan ditambah lagi dengan beberapa parti baru yang bergerak solo (potential force) seperti MUDA, maka zaman dominan bagi mana-mana parti di malaya sudah berakhir. Kini tidak ada satu parti/ Koalisi parti pun yang mampu untuk mencapai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan untuk mentadbir Putrajaya tanpa sokongan daripada Blok Borneo.
Peserta Blok Borneo pada ketika ini sudah mula mengukuhkan kedudukan masing-masing dengan tertubuhnya GPS dan GRS dimana kedua-dua entiti ini merupakan Gabungan Parti-Parti tempatan yang memberi fokus kepada kekuatan Politik mereka di Borneo. Ini termasuklah usaha untuk mengenyahkan parti politik berpaksikan Malaya atau Federalisma yang bertapak dan berakar di Sabah seperti UMNO, DAP, PKR, dan lain-lain.
Ramai dikalangan pemerhati politik berpendapat bahawa ini merupakan waktu yang tepat untuk Blok Borneo mengambil kesempatan bagi mendapatkan semula hak-hak mereka yang sepatutnya dan harus dilakukan dengan penuh stratergi, sistematik dan holistik demi kemakmuran dan kemerdekaan mutlak Wilayah-wilayah tersebut serta rakyatnya.
Sudah tentu tanpa bantuan rakyat dan usaha berterusan daripada pemimpin untuk mencapai matlamat ini, hal ini mungkin akan disia-siakan lagi dan mereka harus menunggu peluang yang lain iaitu sekiranya berlaku lagi pergolakan politik di Malaya maka peluang itu "Mungkin" akan muncul semula.
Oleh itu, pendidikan politik dan stragergi bagi meluaskan pengaruh politik di Sabah dan sarawak perlu diutamakan agar peluang sebaik ini tidak terlepas dan mengelakkan "pisang berbuah dua kali". pelan tindakan kehadapan juga perlu di-implementasi supaya peristiwa kejatuhan kerajaan yang diurustadbir oleh parti tempatan tidak berlaku lagi.
Rakyat harus menyokong penyatupaduan politik ini bagi membolehkan Sabah mempunyai suara dan gerakan politik yang bulat sebagai senjata dan perisai ampuh untuk memperoleh sebanyak mungkin kuasa-kuasa otonomi melalui kekuatan politik yang sudah pasti diikuti dengan kuasa rundingan serta membuat keputusan yang lebih besar.
Persoalannya, Bagaimana rakyat yang mempunyai perbezaan sudut pandangan ini dapat disatukan ?
Jawapannya ada di Artikel ini:
AGENDA BORNEO, APAKAH MASIH ADA PENYOKONGNYA?
~Aki
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.