Agenda Borneo, apakah Masih ada penyokongnya?

 



Sedikit Masa dulu, Kita sering mendengar laungan "Agenda Borneo" oleh gabungan parti politik di Sabah yang terdiri daripada beberapa buah parti politik. Kalau tak silap, beberapa siri ceramah juga pernah dianjurkan bagi memperkenalkan idealogi Agenda Borneo ini kepada masyarakat Sabah. Sayangnya idealogi ini sering mendapat tentangan daripada anasir-anasir luar melalui mereka yang disebut "Ejen-Ejen Malaya"  yang berjaya mem "brainwash" masyarakat di Sabah terutamanya di kawasan Bandar dan kawasan Pantai timur Sabah.

Beberapa minggu lalu, Seorang Mantan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Yong Teck Lee mengeluarkan kenyataan bahawa GRS harus bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Sabah di PRN akan datang. Beberapa ketika selepas itu, Abang Jo yang merupakan Premier Sarawak juga menyatakan bahawa GPS akan bertanding Kesemua 82 Kerusi DUN Sarawak pada PRN akan datang.

Kenyataan kedua-dua pemimpin ini adalah mencerminkan semangat Agenda Borneo dan harus disokong serta dikembangkan bersama oleh pemimpin, golongan aktivis, Usahawan, penjawat Awam, dan Rakyat Kebanyakan. Pokoknya seluruh warga Malaysia di Borneo harus menyokong idealogi ini. Ini adalah isyarat agar kesemua jentera daripada Borneo harus bersiap sedia untuk memperkukuhkan lagi kedudukan Parti-Parti Politik Tempatan di Sabah & Sarawak serta memupuk semangat kekitaan (KeborneoWanan) agar kita dapat bertahan menghadapi amukan parti politik Malaya yang begitu Kuat Nafsunya mahu bertapak di Borneo.

Kalau di Sabah, jika kekuatan parti Malaya tidak mampu menawan hati rakyat Sabah, maka proxy(Parti Tempatan) akan memainkan peranan untuk melawan parti tempatan yang berkuasa (Pernah Berlaku). Dalam kes di Sabah, parti yang paling berpotensi untuk menjadi proksi kepada Malaya untuk menentang GRS adalah parti Warisan kerana ia mempunyai sokongan yang lebih sedikit berbanding dengan parti pembangkang lain di Sabah. Maka oleh itu, tidak hairan jika Parti Warisan tiba-tiba mempunyai jentera yang ramai, ini kerana kelebihan bekerjasama dengan parti besar daripada malaya adalah kerana mereka banyak "CASH".

Nah, ini adalah cabaran kepada perjuangan Agenda Borneo. terdapat beberapa lagi faktor lain yang akan kita bincangkan dimasa akan datang. Sekian

Aki



Post a Comment

0 Comments