KOTA KINABALU: Sabah kini mempunyai klinik pergigian teknologi tinggi Korea Selatan sekali gus menjadikan negeri ini lebih menonjol dari segi pelancongan perubatan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam berkata, kerajaan negeri sentiasa memperkenalkan pelancongan perubatan dalam usaha menarik lebih ramai pelabur asing ke Sabah.
"Kini, kehadiran syarikat francais antarabangsa MIR Dental Hospital Group dari Korea Selatan di sini, ia sekali gus menawarkan sistem penjagaan pergigian yang paling canggih.
"Saya percaya, usaha ini membolehkan kita selangkah lebih dekat dengan platform antarabangsa. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membolehkan kita maju ke hadapan dengan lebih jauh," katanya ketika merasmikan klinik pergigian dari Korea Selatan di sini, semalam.
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pengarah Urusan merangkap Prinsipal MIR Malaysia Dental Group Prof Dr Tan Kai Seng diatas kejayaannya membuka francais antarabangsa itu di sini.
"Saya juga difahamkan klinik ini akan menawarkan perkhidmatan sistem penjagaan gigi yang terbaik dari Korea," katanya.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang Phoong Jin Zhe, ADUN Likas Tan Lee Fatt, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Dr. Roland Chia serta tetamu kehormat yang lain.
Sumber: UtusanBorneo
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.