Kanak-kanak diserang buaya terima sumbangan JPKA Lahad Datu

 


LAHAD DATU: Kanak-kanak serangan buaya di Kampung Puyut, di sini Jumaat lalu mendapat perhatian Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Daerah Lahad Datu.

Pegawai Kebajian Daerah Lahad Datu, Mohammad Ramli Mamma berkata pihaknya mengambil berat dengan keadaan mangsa dan akan memberikan bantuan selayaknya.

“Syukur hari ini kita selesai melawat satu kes kanak-kanak yang diserang reptilia ganas dan menyampaikan bantuan segera.

“Dalam masa yang sama, kami telah menyerahkan dokumentasi bagi permohonan tabung serangan buaya dan dan borang itu dihantar ke ibu pejabat untuk proses kelulusan,” katanya ketika ditemui di Hospital Lahad Datu, semalam.

Sementara itu, mangsa, Mohd Nazri Jefri,7, yang berjaya diselamatkan oleh bapa saudaranya menerima rawatan di hospital Lahad Datu kerana mengalami kecederaan di kaki kanannya akibat gigitan buaya.

Menceritakan semula detik cemas itu, Mohd Nazri berkata ketika kejadian dia mengambil ayam di bahagian bawah rumahnya sebelum disambar seekor buaya.

“Buaya itu sudah gigit kaki sebelah kanan, mujur bapa saudara sempat menarik dan membawa saya ke kawasan selamat,” katanya.

  Ibu Mohd Nazri, Azlina Palahuddin pula menjelaskan bahawa tragedi yang menimpa anaknya bukanlah kejadian kali pertama di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kawasan ini memang sudah pernah berlaku serangan dan menjadi korban akibat dibaham buaya.

“Ketika kejadian anak saya digigit buaya, saya berada di rumah dan terkejut sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Suami saya sudah berada lokasi mengambil anak kami untuk dibawa ke hospital mendapatkan rawatan dan ketika itu darah memang mengalir banyak,”katanya.

Sumber: Utusanborneo

Post a Comment

0 Comments