KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) mencadangkan dua calon berpotensi - seorang peguam dan seorang pesara kanan penjawat awam - untuk bertanding di bawah tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kawasan Parlimen Kota Kinabalu dan Sandakan.
Ketua Penerangan SAPP Chin Vui Kai berkata parti itu mencadangkan mereka untuk Kota Kinabalu dan Sandakan memandangkan hakikat bahawa "pengalaman adalah penting" pada peringkat ini iaitu penyertaan Sabah dalam Parlimen Persekutuan.
Bagi Kota Kinabalu, beliau berkata SAPP telah mencadangkan peguam Yong Yit Jee, 35, yang mengetuai pasukan undang-undang yang merangka cadangan "Enakmen IC Sabah 2022".
Pernah menjadi pengamal undang-undang selama empat tahun di Kuala Lumpur, Yong juga telah mengambil kes berkaitan kepentingan awam, seperti mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada 2018 dan pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah.
Yong ialah ahli Majlis Tertinggi SAPP dan juga Naib Pengerusi Pergerakan Pemuda SAPP.
Lahir di Kota Kinabalu, beliau juga merupakan ahli pasukan undang-undang yang sedang mengambil tindakan undang-undang untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara melakukan audit forensik terhadap daftar pemilih dan kesahihan MyKad masing-masing.
Bagi Sandakan, Chin berkata SAPP telah mencadangkan Lau Chi Keong @ Thomas Lau, 73, yang kali terakhir berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sandakan.
Anak kelahiran Sandakan, Lau terkenal dengan aktiviti sosial dan khidmatnya kepada masyarakat setempat.
Beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya, Seorang PKS (Pengusaha kecil dan sederhana) yang telah memutuskan untuk menumpukan masa dan tenaganya kepada penduduk Sandakan. Beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden SAPP pada Kongresnya pada 3 Sept 2022.
Sumber: WartaOriental
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.