Kota Kinabalu: Peningkatan mendadak 574,120 pengundi baharu di Sabah, seperti yang
dilaporkan dalam media tempatan hari ini, berkemungkinan besar disebabkan
kemasukan ramai pemegang Mykad yang meragukan dari era “Projek IC” yang lalu.
Ini kerana kebanyakan pemegang kerakyatan yang diragui (IC atau Mykads)
tidak didaftarkan sebagai pemilih kerana mereka (warga yang diragui) takut
dikesan oleh pihak berkuasa jika mereka muncul untuk mendaftar sendiri di SPR
(suruhanjaya pilihan raya) atau dimana-mana pejabat kerajaan.
Pendaftaran pengundi secara automatik telah diwujudkan oleh bekas
kerajaan Pakatan/Warisan pada 2019. Tetapi sebaik sahaja pendaftaran pengundi
secara automatik berkuat kuasa semua Mykad/IC dalam pangkalan data JPN (Jabatan
Pendaftaran Negara) telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi.
Pemeriksaan awal daftar pilihan raya 2022 mendapati ramai pengundi
baharu berumur lebih 30 tahun, dan ada yang berumur 60 tahun, dikategorikan
sebagai “Lama Layak, Baru Daftar”.
Mustahil begitu ramai pengundi pertengahan umur baru sekarang (tahun
2020-2022) mendaftar sebagai pengundi. Kebanyakan, jika tidak semua,
warganegara tulen berumur 30 tahun ke atas sudah menjadi pengundi sebelum 2018.
Oleh itu, kategori pengundi baru pertengahan umur ini, hampir kesemuanya
adalah pengundi yang mencurigakan. Ini bukan pengundi Undi 18.
Justeru SAPP menyeru SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk segera
melakukan audit forensik dan siasatan mendalam terhadap pengundi baharu bagi
menapis pengundi yang meragukan sebelum hari pengundian.
SPR dan Polis juga mesti memberi amaran kepada pemegang Mykad yang diragui bahawa jika mereka turun mengundi pada pilihanraya umum kali ini, sekiranya didapati akan berdepan dengan risiko ditangkap.
IC Sabah penyelesaian jangka panjang.
untuk jangka masa panjang, sebelum pilihan raya negeri Sabah yang akan
datang, penyelesaian lengkap kepada isu Projek IC adalah dengan melaksanakan
Sabah IC. Dengan perlaksanaan Sabah IC,
kita dapat menapis masalah dokumen kewarganegaraan yang meragukan.
Tidak hairanlah 7,000 pengundi baharu di satu penempatan setinggan warga
asing haram dikesan. Terletak di belakang 1Borneo, penempatan haram ini hampir-hampir
diwartakan sebagai sebuah kampung pada 2019 oleh bekas kerajaan haram Warisan,
seperti yang dicadangkan oleh ahli parlimen Sepanggar ketika itu.
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.