SEKILAS: Mendung Di Sandakan


Meninjau suasana kempen Di Sandakan, selain menyertai kempen calun PBS Datuk Linda Tsen Yang Sudah masuk Hari ke5 Hari ini 1 Mei 2019. Hanya berbaki 9 Hari Sahaja lagi untuk kempen sebelum Hari pengundian pada 11 Mei depan.

DAP menggunakan pendekatan Yang Sama, ceramah setiap Malam Di kawasan berpenduduk padat atau Taman perumahan. Jika pada pru18, tempat ceramah DAP dipenuhi orang ramai, sehingga sukar nak meletak kenderaan atau mencari spot sesuai, berdiri Dan berasak-asak, berbeza Kali ini apabila kehadiran tidak seperti disangka. Mudah mencari tempat parking, Dan dibeberapa ceramah, tidak perlu berdiri, dengan banyaknya kerusi kosong, meskipun kerusi itu bukan Dalam jumlah Yang banyak sekitar 50-100 kerusi.

Seperti biasa pemimpin DAP terbang Dari Kuala Lumpur membantu Calunnya Di Sandakan, kehadiran nama-nama besar, Menteri Persekutuan, tokoh politik, jelas tidak mampu menarik kehadiran pengundi.

Parti Warisan turut memberikan bantuan Dan meramaikan dengan mengimport ahli mereka masuk ke Sandakan. Akan tetapi itu juga tidak dapat mengisi ruang Yang Ada.

Malah setiap Kali ceramah, ucapan sama Dari Calun juga menunjukkan tiada APA Yang baru, serta ianya dihafal Dari skrip Yang Sama, Saya Vivien, berapa umur Saya, 30 tahun, Saya bekerja bla bla bla..." Sehingga Saya tertanya-tanya, apakah kelak Di Parlimen dia mampu sebaris dengan MP muda Yang lain di Medan Parlimen? atau hanya kutip gaji setiap bulan??

Umum mengetahui bahawa perlunya generasi baru menuju Parlimen, tetapi adakah Vivien Wong pilihan Yang tepat?

I don't think so.

Malah saya memberikan gambaran seorang Ketua Kampung lebih mempunyai karisma Dan idea menarik Bila berbicara dengan berbagai pandangan baru, berbanding calun DAP Vivien Wong.

Berbeza dengan Datuk Linda Tsen, beliau tampak lebih tenang. Meskipun beliau dianggap Sudah berusia, tapi pengalaman beliau berada Dalam Parlimen selama 2 penggal memberikan kelebihan. Meskipun Beliau tewas pada pru14 lalu Di Batu Sapi, Kita jangan lupa, ketika itu Pakatan harapan Dan Warisan adalah pembangkang Dan angin kencang Yang membadai bukan calang-calang ganasnya. Berbagai Isu dikumandangkan Dan semuanya memang agak jelas angin itu diterjemahkan dengan tumbangnya BN pada 9 Mei tahun lalu.

Kini DAP Dan Pakatan Harapan serta Warisan Sudah berjaya membentuk kerajaan , sepatutnya menunaikan janji 100 Hari seperti Kos Sara hidup, harga minyak, menaikan nilai matawang Dan ekonomi Malaysia, PTPTN, MA63, dan berbagai lagi, sebaliknya segala sesuatu janji tidak dapat dipenuhi malah PM Tun Mahathir berkata menifesto bukanlah al-kitab.

Kekecewaan rakyat ditunjukan Ada 3 PRK berturut-turut sebelum Sandakan. PAKATAN HARAPAN TEWAS!

Shafie berkata, ianya Akan berhenti Di Sabah, ini Sudah pasti Akan menguatkan lagi protes rakyat Di Sandakan Dan kemungkinan DAP tewas nampaknya makin terserlah.

PBS dilihat sebagai underdog pada PRK ini, Calunnya tidak mengadakan ceramah kelompok seperti kebiasaan. Beliau mengadakan walkabout menemui pengundi. Pendekatan berbeza Calun PBS ini nampak lebih meyakinkan. Apatah lagi parti-parti pembangkang bergabung tenaga memberikan kerjasama seperti SAPP, STAR, UMNO, USNO, MCA Dan PPRS. Keterlibatan mereka memberikan persaingan pilihanraya ini makin menarik.

Sementara calun bebas juga dilihat memperhebatkan langkah langkah menarik pengundi.

Beberapa Hari lagi Masyarakat Islam Akan menjalankan Ibadah Puasa. Apakah momentum calun Akan meningkat atau makin merundum? Kita Akan buat penilaian lanjut.

Sabahan Bersatu


Liza Ayusai
Pen. Setiausaha
EXCO Pemuda SAPP Nasional
1 Mei 2019

Post a Comment

0 Comments