“Ya (ada pertembungan dengan Umno di 27 kerusi kritikal) sebab mereka (Umno) tidak mahu berbincang,” katanya kepada FMT.
“Kita kena ingat selama ini yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan pertembungan apabila Umno tidak mahu berbincang dalam rundingan kerusi tersebut.
“Apabila sikap itu diambil mereka, kita tidak ada pilihan kerana keputusan itu telah dibuat oleh Umno sendiri.”
Pada 19 Okt, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Bersatu sudah diberitahu agar tidak berlaku pertembungan berlaku di 27 “kerusi kritikal” dengan Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, langkah ini bagi memastikan kerusi terbabit tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) selepas BN dan PN memutuskan untuk tidak bekerjasama pada PRU ini.
Sebanyak 27 kerusi Parlimen itu melibatkan 20 kerusi dimenangi PH susulan pertembungan PAS-Umno, manakala baki tujuh kerusi berisiko jatuh ke tangan PH disebabkan kekalahan tipis gabungan pembangkang itu pada PRU14.
Zuhdi mencadangkan kerusi terbabit dinamakan “kerusi Muafakat Nasional” bagi mengambil semangat penyatuan ummah yang digerakkan oleh dua parti terbesar Melayu itu.
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan BN adalah musuh mereka selain PH pada PRU15.
Sumber: FMT
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.