Pemuda SAPP: Penggunaan satu logo GRS petanda kejayaan

Jamain Sarudin (tengah) mempengerusikan mesyuarat Pemuda SAPP kali pertama ekoran kogres parti.


Kota Kinabalu: Kesediaan parti komponen GRS serentak menggunakan satu logo, iaitu lambang GRS dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan kejayaan gabungan demi visi bersama, kata Jamain Sarudin.


Mengenai pembahagian kerusi, Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Jamain berkata beliau yakin, dengan kebijaksanaan Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, yang juga Ketua Menteri Sabah, ianya dapat diselesaikan secara permuafakatan yang ujud.


“Setiap parti komponen gabungan pastinya mempunyai perancangan tersendiri dan berhasrat untuk bertanding di beberapa kawasan.


“Itu perkara biasalah,” kata Jamain dalam satu kenyataan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Pemuda SAPP kali pertama ekoran kongres parti pada September lalu.


Beliau menambah beliau percaya semua pemimpin parti komponen GRS akhirnya akan bersetuju dengan keputusan muktamad dengan konsensus.


Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah didaftarkan dan disahkan pada 11 Mac 2022 dengan parti komponen termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU atau PPBM), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP). 


Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) kemudiannya diterima sebagai ahli GRS, manakala beberapa parti lain seperti Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) telah memohon untuk menyertai GRS. .


"GRS adalah simbol perpaduan bagi rakyat Sabah kerana ia merupakan gabungan politik tempatan pertama yang berdaftar di Sabah, yang menyatu-padukan pemimpin-pemimpin politik Sabah.


Jamain yang juga Timbalan Ketua Pemuda GRS menjelaskan bahawa sebenarnya GRS yang membimbing dan memantau kerjasama antara semua parti komponennya termasuk PBBM, bukannya sepertimana yang didakwa pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat


“Untuk menerangkannya, setiap calon yang akan bertanding menggunakan simbol GRS, perlu mendapatkan surat watikah pencalonan yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pengerusi GRS, bukan oleh presiden mana-mana parti komponennya mahupun presiden PPBM.


Post a Comment

0 Comments