Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu da hari ini adalah sebanyak 4,374 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 282,669 kes. Lapan (😎 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu tiga (3) kes di daerah Tuaran dan masing-masing satu (1) kes di Tawau, Semporna, Beaufort, Kota Kinabalu dan Kota Marudu. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
2 Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 1,461 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 247,615 orang. Manakala 2,842 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,306 orang di hospital, 1,344 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 190 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan dua (2) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 46 orang merangkumi 41 di ICU/repurposed kritikal care serta lima (5) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 41 (17.98%).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a Seperti yang telah diramal jumlah kes baharu di Sabah terus meningkat dengan 4,373 kes hari ini. Jumlah ini adalah peningkatan sebanyak 339 kes berbanding semalam dan merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan di negeri Sabah. Dengan mengambilkira peratusan jangkitan sporadik hampir 63% daripada jumlah keseluruhan, jumlah kes baharu dijangka akan terus naik dalam masa terdekat.
b Kota Kinabalu kekal dengan angka tertinggi iaitu 752 kes (-158), diikuti oleh Sandakan 647 kes (+151), Tuaran 388 kes (kekal), Penampang 385 kes (+60), Tawau 256 kes (-72), Putatan 241 kes (+41), Papar 233 kes (-30), Lahad Datu 196 kes (+7), Ranau 158 kes (+29), Beaufort 158 kes (+24), Keningau 144 kes (+38), Kota Belud 123 kes (+17) dan Kota Marudu 116 kes (+32). 13 daerah merekodkan kes tiga angka manakala 12 daerah mencatat kes dua (2) angka dan dua (2) daerah mencatat kes satu (1) angka. Kebanyakan daerah di Sabah mencatatkan peningkatan kes berbanding semalam.
c Dua (2) kluster baharu diisytiharkan hari ini, iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu 2 di Kota Kinabalu dan Kluster Jubi Tambulion di Kota Belud.
d Kluster Tembok Kota Kinabalu 2 adalah kluster pusat tahanan di Penjara Kepayan, Kota Kinabalu dan melibatkan banduan dan kakitangan di Penjara Kepayan. Indeks kes merupakan seorang banduan lelaki, warganegara, berumur 27 tahun yang bakal dibebaskan. Saringan terhadap semua kontak rapat telah mendapati 103 orang lagi di kalangan banduan dan kakitangan penjara didapati positif, menjadikan jumlah keseluruhan 104 kes positif setakat hari ini. Semua pesakit telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat yang tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.
e Kluster institusi pendidikan di Kota Belud, Kluster Jubi Tambulion melibatkan pelajar di Asrama Jubilee SMK Tambulion. Indeks kes merupakan seorang pelajar lelaki, warganegara, berumur 17 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 12 Februari 2022. Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati lebih ramai yang positif menjadikan jumlah keseluruhannya 22 kes positif, setakat hari ini. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.
f Hampir 12% daripada jumlah jangkitan baharu hari ini melibatkan kanak-kanak di bawah umur 11 tahun. Seramai 208 pesakit kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun yang belum layak diberi vaksin dan 314 pesakit lagi berumur antara 5 hingga 11 tahun yang sudah layak menerima vaksin. Adalah diharapkan semua kanak-kanak yang sudah layak diberi vaksin mendapatkannya dengan kadar segera bagi memberi perlindungan maksimum kepada mereka daripada jangkitan atau kesan serius daripada jangkitan virus
g Sejumlah 99.45% atau 4,350 daripada 4,374 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat tujuh (7) kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan tujuh (7) kes dalam Kategori 5.
h Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (1,332) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan hari ini.
i Kluster Tembok Kota Kinabalu 2 - Kota Kinabalu yang dikesan pada 01 Februari 2022, hari ini menokok satu (1) kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 104 kes positif COVID-19. Kluster jenis pusat tahanan ini melibatkan banduan di penjara lelaki serta kakitangan di Penjara Kepayan. Kes indeks adalah lelaki tempatan, 27, merupakan banduan yang bakal dilepaskan dari tahanan penjara. Saringan kontak rapat turut dibuat ke atas 431 individu. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.
Ii Kluster Jubi Tambulion - Kota Belud merupakan kluster jenis institusi pendidikan yang menular dalam kalangan pelajar Asrama Jubilee SMK Tambulion dalam daerah Kota Belud. Kes indeks adalah pelajar lelaki, 17, yang dikesan melalui saringan bergejala pada 12 Februari 2022 dan disahkan positif COVID-19 paga hari sama. Saringan terhadap 39 kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas mendapati pertambahan 21 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22 kes termasuk 15 kes baharu hari ini. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.
Jumlah kapasiti katil 4,185 unit
a) Hospital 1,566 unit.
b) Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 2,220 unit.
c) Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 372 unit.
d) Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 67.89%
Sumber - CovidSabah FB Page
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.