PETALING JAYA: Calon yang bertanding atas tiket Warisan akan disaman RM10 juta jika melompat parti selepas menang, kata presiden parti itu menjelang PRN.
Shafie Apdal berkata calon Warisan akan perlu meterai syarat itu lebih awal, bagi memastikan mereka setia sepanjang penggal.
Beliau menyifatkan syarat tersebut sebagai pendekatan proaktif di samping undang-undang lompat parti.
“Saya sudah siapkan langkah pencegahan. Jika ada calon yang menang atas tiket Warisan kemudian meninggalkan parti, saya akan bawa ke mahkamah dan tuntut saman RM10 juta.
“Mana-mana calon yang dinamakan, mesti faham dan bersetuju dengan syarat ini,” katanya menurut Sinar Harian.
Dalam pada itu, Shafie berkata ramai berminat untuk bertanding, dan pihaknya perlu pastikan calon penuhi kehendak rakyat, yang mana lebih 65% pengundi kini terdiri daripada golongan muda, katanya.
Sumber: FMT
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.