Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tegas beliau selaku pemimpin perlu ambil kira semua
“Saya pernah kata saya Melayu terlebih dahulu. Itu tak penting lagi, saya seorang Melayu prihatin dengan semua rakyat Malaysia,” katanya, lapor Malaysiakini, dalam ucapan sempena Festival Perpaduan India anjuran Parti Rakyat India Malaysia.
Muhyiddin yang ketika itu timbalan perdana menteri dilapor berkata dirinya ‘Melayu terlebih dahulu’ ketika menjawab cabaran pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Muhyiddin juga berkata itu tidak bermakna beliau bukan rakyat Malaysia.
Dilaporkan Lim mencabar Muhyiddin menyatakan sama ada beliau Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.
Hari ini, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional menegaskan bahawa beliau selaku pemimpin perlu mengambil kira semua kaum.
“Sebab saya adalah pemimpin Malaysia,” katanya, di acara yang dihadiri pemimpin kanan PN lain antaranya Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.
Sumber: FMT
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.