Penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi

 Bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, disemadikan di Makam Pahlawan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.


Jenazah Tun Abdullah Ahmad Badawi dibawa keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) untuk dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Bait Badawi, pada malam 14 April.

Van membawa jenazah perdana menteri ke-5 meninggalkan IJN dengan iringan polis menuju ke Bait Badawi.

Anggota tentera membawa masuk jenazah Abdullah ke dewan solat utama Masjid Negara bagi penghormatan terakhir, pada 9.38 pagi.

Suasana pilu menyelubungi ribuan rakyat dan pemimpin negara asing yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Bapa Pembangunan Modal Insan.

Bekas perdana menteri, Najib Razak, tiba untuk memberikan penghormatan terakhir pada 10.40 pagi dengan iringan pegawai penjara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin, dan anggota Jemaah Menteri mengaminkan doa dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni, ketika memberikan penghormatan terakhir.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Dr Hasmah Ali, dan anak mereka, Mukhriz, tiba untuk memberikan penghormatan terakhir.

Ribuan menyertai solat jenazah buat Tun Abdullah Ahmad Badawi, dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Seusai solat jenazah, keranda jasad Abdullah dilitup Jalur Gemilang dibawa keluar ke Makam Pahlawan untuk disemadikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

Abdullah pemimpin kelima dikebumikan di Makam Pahlawan selepas Perdana Menteri ke-2 Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri ke-3 Hussein Onn, Timbalan Perdana Menteri Dr Ismail Abdul Rahman, dan Timbalan Perdana Menteri Abdul Ghafar Baba.


Sumber: FMT

Post a Comment

0 Comments