KENINGAU: Bekas Pengurus Estet IG Plantation Edward Kandok dilantik sebagai Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook berkuatkuasa serta merta.
Penyerahan watikah pelantikan itu disenpurnakan Naib Presiden KDM Dr Oswald Aisat pada satu majlis ringkas di Kampung Susulat Sook pada Rabu.
Hadir sama Ketua Bahagian KDM Parlimen Pensiangan Jeckreson Kilan, Ketua wanita KDM Pensiangan Helda dan Ketua Puteri Bahagian KDM Pensiangan Effani Edward.
Edward yang juga bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook berkata, pelantikannya sebagai Ketua Penyelaras KDM Sook adalah satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.
"Ia memerlukan sokongan daripada semua pihak terutamanya pimpinan KDM di semua peringkat khsusnya di kawasan DUN Sook.
"Tanggungjawab ini bukan mudah tetapi saya yakin jika ada semangat kerja berpasukan yang tinggi, KDM mampu memberi cabaran yang kuat di DUN Sook pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya selepas majlis penyerahan watikah pelantikan terbabit.
Menurutnya, berdasarkan sokongan semakin meningkat kepada KDM yang kini diterajui pemimpin muda berkarisma Priscella Peter, KDM diyakini mampu melakukan kejutan di dua lagi kerusi DUN, dalam kawasan Parlimen Pensiangan iaitu DUN Tulid dan Nabawan.
Sumber: Utusan Borneo
0 Comments