Suspek berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang sedang membuat rondaan di sekitar CIQ Lama, kira-kira jam 8 pagi.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya mengesan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.
Katanya, anggota PPM bertindak menghampiri kenderaan suspek untuk membuat pemeriksaan ke atas muatan barang yang dibawa.
“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan menemukan longgokan 12 tong LPG tanpa sebarang surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Barang-barang kawalan berkenaan disyaki cuba dibawa ke negara jiran tanpa sebarang kebenaran,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Menurutnya, semua barang kawalan termasuk kenderaan yang dianggarkan bernilai 37,400 itu dibawa ke Markas Operasi PPM untuk tindakan lanjut
“Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan,” katanya.
0 Comments