Pemberian khas Sabah: Mahkamah Rayuan arah bicara penuh

 

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) memulakan prosiding semakan kehakiman dalam cubaan badan itu menguatkuasakan pemberian khas 40% di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara, Hakim Ravinthran Paramaguru berkata mahkamah tidak dapat diyakinkan dengan hujah kerajaan persekutuan bahawa isu berkaitan pemberian khas tersebut tidak wajar dan mahkamah tidak boleh mendengar kes itu.paikan keputusan sebulat suara, Hakim Ravinthran Paramaguru berkata mahkamah tidak dapat diyakinkan dengan hujah kerajaan persekutuan bahawa isu berkaitan pemberian khas tersebut tidak wajar dan mahkamah tidak boleh mendengar kes itu.

SLS memohon dibatalkan gazet 2022 yang menyatakan kerajaan persekutuan akan membuat pembayaran kepada Sabah keseluruhan RM527.2 juta, bagi tempoh 2022 hingga 2026.

Mereka juga mahu kerajaan persekutuan mengadakan semakan terhadap Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk secara wajar ‘mencerminkan’ hak 40% kepada Sabah.

SLS berhujah semakan dilakukan bagi tempoh 1969 hingga 1973, namun terhenti setakat itu. Mereka berkata, akibat daripada itu rakyat Sabah hilang manfaat terhadap pemberian khas selama 47 tahun.

Kerajaan persekutuan menegaskan nilai pemberian khas perlu ditentukan oleh pusat dan negeri, mengambil kira kedudukan fiskal dan kewangan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sumber: FMT

Post a Comment

0 Comments