Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata mangsa warga emas berumur 61 petang ditemukan orang awam yang sedang beriadah berhampiran pantai terbabit.
“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai orang hilang yang dilaporkan hilang pagi tadi selepas anak mangsa gagal menghubungi telefon bimbit mangsa serta ketiadaan mangsa di rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kalsom berkata, kali terakhir mangsa dilihat pada 9.30 malam semalam, ketika mangsa masuk ke bilik tidurnya.
"Mangsa dipercayai keluar menaiki keretanya pagi tadi, ahli keluarganya kemudian cuba mencari dan menemukan kereta milik mangsa.
Turut ditemukan ialah tuala yang dikenal pasti milik mangsa berada di atas batu di tepi pantai.
"Anak mangsa membuat laporan polis untuk membantu mengesan mangsa sehinggalah mayat mangsa ditemukan," katanya.
Menurutnya, siasatan ditempat kejadian tidak menunjukkan berlakunya sebarang tanda-tanda unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa.
"Mayat mangsa dirujuk ke Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) menggunakan kenderaan pasukan.
"Kes dilaporkan sebagai laporan mati mengejut (SDR)," katanya.
Turut berada du lokasi kejadian, sepasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bagi membantu siasatan ditempat kejadian.
Sumber: UtusanBorneo
0 Comments