Lahad Datu: Infrastruktur baru yang menjadi penghubung kepada 3 wilayah besar di Pantai Timur Sabah yang terletak di Batu 7 Silam Lahad Datu kini dibuka kepada orang awam.
Memetik kenyataan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah YB Datuk Limus Jury, pembukaan jalan pintas ini akan menjimatkan masa sebanyak 30 ke 40 minit perjalanan disamping mengurangkan kesesakan.
Mantan Ketua Menteri, YB Datuk Yong Teck Lee, yang juga merupakan Pengerusi POIC Sabah turut hadir dalam perasmian pembukaan tersebut mengungkapkan ucapan terima kasih beliau kepada kementerian Kerja Raya Sabah dengan pembukaan jalan itu hari ini yang mana ia mengurangkan kesesakan di Jalan Assam Lahad Datu dan Menjadikan perjalanan lebih selamat.
Dalam kenyataannya mengungkapkan rasa senang hati beliau berkenaan pelaksanaan 19 package lagi yang akan bermula tahun depan yang menurutnya dinantikan oleh seluruh rakyat Sabah.
Dalam pada itu, beliau berkata bahawa dengan kewujudan aktiviti ekonomi baru seperti perkhidmatan Ferry antarabangsa di Sabah Port Lahad Datu serta Aktiviti Penerimaan Shipping Container secara langsung di Pelabuhan POIC yang sudah bermula merupakan satu package menyeluruh yang akan membantu merangsang pertumbuhan ekonomi di Daerah Lahad Datu kelak.

0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.