2 remaja temu mayat bekas komando dalam tasik

 

PETALING JAYA: Mayat bekas komando ditemukan di tasik dalam kawasan rizab hutan simpan di Taman Indah, Sungai Udang, Melaka.

Mangsa berusia 42 tahun dijumpai dua remaja berusia 14 tahun yang pergi ke lokasi berkenaan untuk memancing, pada 5 petang, semalam.

Ketua Polis Alor Gajah Arshad Abu, berkata remaja itu kemudian memaklumkan penemuan mayat kepada bapa mereka sebelum membuat laporan polis.

“Balai Polis Masjid Tanah menerima panggilan pada 6.30 petang daripada orang awam yang memaklumkan berkenaan penemuan mayat dalam tasik di Taman Indah.

“Pemeriksaan mendapati si mati merupakan bekas komando Kem Sungai Udang yang telah diberhentikan kerja,” katanya menurut Kosmo.

Beliau berkata, mangsa baru sebulan bercerai dan kali terakhir bekas isterinya berhubung dengan lelaki itu melalui panggilan telefon pada 9 pagi kelmarin.

“Menurut isterinya, si mati tidak mempunyai sebarang penyakit dan bekerja sebagai penjaga ternakan di kandang kambing bersebelahan tasik tersebut.

“Usaha menaikkan mayat ke daratan dilakukan pasukan bomba dengan kekuatan sembilan anggota,” katanya.

Bedah siasat di Hospital Alor Gajah mendapati punca kematian lelaki itu akibat lemas dengan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sumber: FMT

Post a Comment

0 Comments