UMNO sudah diganti? PN parti Keramat Baru?


Berdasarkan keputusan pilihanraya dan sebagainya, sudah jelas lagi bersuluh bahawa UMNO kini sudah musnah menanti berkubur. Tentunya salah satu Agenda DAP adalah untuk memusnahkan UMNO itu dari dulu hingga kini.

Maka dengan itu, ia mempelawa UMNO untuk kerjasama dengan berbagai tawaran yang tidak bisa dilihat oleh mata kasar yang berlaku mungkin di sebalik tabir dan sebagainya.

Penyokong parti dari kalangan orang melayu kini terpaksa bergantung harap kepada Perikatan Nasional kerana hanya PN sahaja kini membawa aspirasi Melayu secara terang tanpa disuluh. UMNO sudah menjadi bahan jenaka dan medan pergaduhan sesama ahli, dengan presidennya yang tidak pernah mahu mengambil sikap terhormat dan bertanggunjawab untuk turun, dengan kes-kes berat yang akhirnya terlepas membuatkan semua orang terlompong terngaga mulut melihat bagaimana keputusan mahkamah Zahid dan Bung menyebelahi mereka dan sebagainya.

UMNO diketawakan, mereka masih tidak sedar dan berfikir mereka masih boleh bangkit. Tidak mereka sedar bahawa ahli-ahli UMNO seramai jutaan orang itu sudah "Move On" dan memilih Perikatan Nasional Sebagai wadah baharu mereka. Tinggal satu pilihanraya, maka UMNO akan pupus.

Hanya Satu cara untuk selamatkan UMNO iaitu;-
1. UMNO memohon maaf kepada PN dan Sertai PN atau membentuk Muafakat Nasional
2. Zahid Hamidi harus turun kerana beliau merupakan liabiliti kepada Parti UMNO, Contohi Najib Razak.
3. UMNO haruslah bertoleransi dengan PN.

UMNO bukan lagi parti keramat orang Melayu, kini Perikatan Nasional adalah parti keramat Orang Melayu dan sedikit masa lagi, PN akan menguasai semua undi Melayu kerana mereka berjuang untuk Melayu dan Orang kebanyakan.

Ini adalah dari kacamata Ramai dan kita memang melihat ini di TikTok, Facebook, Instagram dan di DEPAN MATA!

Tulisan ini sekadar pandangan peribadi penulis. Oleh itu anda sebagai pembaca haruslah mencari bahan lain sebagai rujukan atau membuat pemerhatian sendiri.

~Aki

Post a Comment

0 Comments