Daripada tinjauan kefahaman politik setakat 2020 hingga 2023, didapati semakin ramai rakyat di peringkat akar umbi menyedari kepentingan pengembalian kuasa politik kepada parti tempatan.
GPS yang bertubi-tubi mencapai kejayaan demi kejayaan dari segi pembangunan dan perolehan kuasa berdasarkan perjanjian MA63 telah membuka mata rakyat Sabah bahawa seburuk manapun parti tempatan, tetap ianya lebih baik daripada parti yang diimport daripada Malaya.
Ini pernah dikecapi semasa pemerintahan BERJAYA dan PBS suatu ketika dahulu. Malangnya ia cuma dikecapi sekejap.
Sentimen penolakan parti import daripada Malaya sudah bermula. Kali ini kelihatan rakyat Sabah hanya akan memberi fokus kepada persaingan parti tempatan dan menolak mentah-mentah Parti-Parti daripada semenanjung Malaysia.
Hanya parti-parti seprti GRS dan Warisan sahaja yang mungkin akan diberi perhatian memandangkan rakyat sudah sedar bahawa parti-parti tersebut mempunyai kelebihan mandiri dan sekiranya terdapat parti-parti tempatan baharu yang muncul, berkemungkinan ia tidak akan mendapat tempat sama sekali kerana Sabah sudah berpengalaman dimanipulasi oleh parti Proksi Malaya.
Masyarakat Cina yang kebanyakannya mengundi di kawasan bandar pula agak cenderung kepada DAP sejak 2 penggal lalu namun sedikit demi sedikit sudah mula menyedari bahawa menguatkan Parti Tempatan seperti SUPP di Sarawak akan lebih memberi manafaat kepada mereka memandangkan Wakil Rakyat daripada DAP tidak akan dapat membawa pembangunan ekonomi kepada mereka kerana YB-YB tersebut hanyalah proksi yang telah gagal membawa kemajuan darisegi infrastruktur dan ekonomi kepada masyarakat Cina di Sabah.Malah mereka agak sibuk mengejar jawatan dengan menggunakan peluang-peluang yang ada.
Taktik yang mereka gunakan sudah boleh dibaca. Teknik mengambil hati masyarakat seperti mewar-warkan aktiviti serta berceloteh di media sosial untuk membuatkan mereka kelihatan pintar berbicara lama kelamaan sudah dapat dibaca. Tidak kurang juga, terdapat YB yang tindak-tanduknya mengalahkan Ketua Menteri dengan sikap yang sering mengambil kredit melalui pengumuman -pengumuman kejaayaan Sabah, namun yang telah berusaha memulakan dan menjayakan setiap pencapaian tersebut sebenarnya orang lain.
Ini adalah antara faktor-faktor yang akan menyebabkan kekalahan atau laluan mereka untuk mengekalkan kerusi di DUN Sabah akan menjadi sukar.
Jika kita cuba menimbang Kepintaran mereka berbicara dengan kerja-kerja yang telah dilakukan, maka dengan mudah kita akan dapat membuat pilihan baharu dengan betul.
Formula untuk Rakyat Sabah membuat pilihan sebenarnya amat mudah. Hanya perlu memilih salah Satu parti Tempatan di Sabah. Parti Import tolak tepi. Settle!
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.