KEM PH SABAH BAKAL LEMAHKAN GRS MENJELANG PRN-17

 

Beberapa kemungkinan menanti pentas politik Sabah pada PRN ke-17 Nanti. Kerajaan Sabah pada hari ini dibentuk oleh kerjasama antara GRS, BN Sabah (Kumpulan Shahelmey) dan Pakatan Harapan Sabah yang mana GRS merupakan Parti Dominan.

Di pihak Pembangkang pula, Kita melihat Parti Warisan dan BN (Kumpulan Bung Mokhtar) sebagai pemain semak dan imbang.

Dari sudut komposisi politik, GRS dan Kumpulan Shahelmey berkemungkinan akan menjadi Satu pasukan pada PRN ke 17 nanti jika ada stratergi penyerapan terhadap kumpulan Shahelmey ke Kem GRS, manakala PH pula seperti biasa akan menangguk di air keruh sekiranya mereka mempunyai peluang untuk menjadi Sebahagian daripada kerajaan Sabah ketika itu.

Jika kita menggunakkan sudut pandangan Pro Sabahan Based Party, kita akan melihat ada tiga (3) kumpulan besar daripada luar yang mengintai peluang untuk menguasai pentas politik Sabah iaitu PH, BN dan PN. Manakala, parti tempatan yang dilihat sebagai dominan adalah GRS diikuti Warisan.

Gerakan BN Sabah pada PRN17 berkemungkinan besar diketuai oleh Bung Mokhtar manakala, PN pula berkemungkinan diketuai oleh Ronald Kiande. PH Sabah akan berperang secara berselerak dimana kita lihat tidak ada seorang pun diantara mereka yang akan berjaya mendominasi seluruh kumpulan PH Sabah disebabkan ketidaksepakatan dalaman terutamanya di kalangan pemimpin DAP. Ginger Phoong  dan Chan Foong Hin dilihat Cuba menguasai DAP Sabah yang pada hakikatnya diketuai oleh Frankie Phoon.Keadaan ini dilihat berikutan gerakan Ginger Phoong mencantas semua saingannya didalam Parti DAP untuk mendapatkan posisi Menteri di Dalam kerajaan GRS.

Sungguhpun pada pilihanraya akan datang, kesemua pemimpin besar daripada parti-parti Malaya seperti Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi dan Muhyiddin Yassin berkemungkinan akan turun padang untuk membantu calon mereka di Sabah, namun para pemimpin di Sabah tidak harus goyah, sebaliknya mereka harus lebih tegas, lebih berani, lebih berhati-hati dan berwaspada serta bersedia untuk apa-apa kemungkinan sebelum, semasa mahupun selepas pilihanraya. Jika Sarawak boleh, kenapa Sabah tidak? 

Perpecahan dikalangan Parti berorentasikan Malaya iaitu PH, PN dan Serpihan BN memberi kelebihan kepada Parti daripada Sabah untuk memperkuatkan kedudukan Sabah dari segi Politik dan Pentadbiran sekiranya parti Tempatan seperti GRS dan Warisan berjaya menyingkirkan penguasaan parti Malaya di Sabah terutamanya DAP dan UMNO. 


Bagaimana kem PH lemahkan GRS di Sabah?

Seperti yang kita sedia maklum, kedudukan politik di Sabah ketika ini agak unik dimana di pihak Barisan Nasional, terdapat 2 kumpulan dan salah satunya adalah kumpulan Bung Mokhtar. Pakatan harapan pula mempunyai beberapa menteri dan pembantu menteri. Di peringkat kawasan dan akar umbi, kita melihat pertindihan kuasa antara PPM kerana kebanyakan tempat (DUN) mempunyai 2 PPM bagi memuaskan hati Wakil rakyat PH yang telah memberi sokongan kepada Ketua Menteri. Selain itu, DAP juga akan menjadi key player secara terang atau sebalik tabir untuk melemahkan GRS daripada dalam melalui cubaan-cubaan untuk melagakan parti -parti politik yang bernaung di bawah panji GRS. Ini adalah salah satu permainan DAP Sabah dari dulu, mereka berjaya memecahbelahkan Barisan Nasional, apatah lagi GRS sekiranya ia tidak berhati-hati.

Persefahaman diantara pengikut-pengikut PH dan BN kumpulan Bung Mokhtar ini dapat dilihat apabila satu persatu pemimpin dalam pentadbiran GRS di peringkat akar umbi kehilangan kuasa kerana ditukarkan dengan wakil daripada samaada PH ataupun Barisan Nasional atas nama kerajaan perpaduan sedangkan PMX telah mengeluarkan pekeliling bahawa pemimpin akar umbi umpamanya tidak perlu ada pertukaran penjawat.

Selain itu, menteri-menteri PH terutamanya DAP dilihat amat bijak memanafaatkan peluang yang ada untuk mengambil kredit terhadap kejayaan - kejayaan kerajaan GRS yang sebenarnya telah dicapai atas usaha orang lain. 

Mengambil hakikat bahawa walaubagaimanapun, pertembungan diantara GRS dengan mana-mana parti daripada luar pada PRN17 sememangnya tidak dapat dielakkan, oleh itu para pemimpin Sabah haruslah sentiasa bersiap sedia dan peka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling agar peristiwa kejatuhan parti tempatan yang ada di dalam lipatan sejarah tidak berulang dan semoga kerajaan Sabah pada masa akan datang akan ditadbir 100% oleh parti tempatan.


~Aki

Post a Comment

0 Comments