TAWAU; 28 Mac 2023 (Selasa) – Susulan penahanan lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau, jumaat lepas atas dakwaan meloloskan PATI dari Lapangan Terbang Tawau, Jumaat lepas.
Tiga warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majisteret hari ini atas pertuduhan menyewakan kad pengenalan kepada sindiket untuk digunakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meloloskan diri dari Tawau ke Semenanjung.
Terdahulu, kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Semporna, 24 Mac lalu susulan Ops Lancar yang dilancarkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA-2).
Suspek merupakan warganegara Malaysia berumur 30 hingga 60-tahun yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.
Tertuduh gagal mengemukakan kad pengenalan semasa pemeriksaan kerana kad pengenalan mereka telah digunakan enam orang PATI yang ditahan di KLIA-2, 23 mac lalu.
Sindiket diketuai oleh wanita warganegara Malaysia berumur 51-tahun bersama pembantu beliau yang turut ditahan semasa operasi dan masih dalam tahanan untuk siasatan pihak SPRM.
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.