Ini kerana katanya, ianya penting dalam memastikan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama terus terpelihara, yang secara tidak langsung memberi impak terhadap kualiti kehidupan yang lebih baik.
"Bersempena dengan program yang diadakan ini, saya harap seluruh masyarakat tidak kira peringkat umur dapat memupuk semangat kesatuan demi keharmonian bersama. Ini kerana perpaduan amat penting dalam menjamin kestabilan, " katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Hari Keluarga Warga Kampung Buang Sayang yang diadakan di dewan serbaguna, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut meminta masyarakat supaya terus mengekalkan semangat muafakat dengan menterjemahkan kerjasama menerusi program-program masyarakat yang dilaksanakan.
Katanya penglibatan semua pihak khususnya penduduk kampung terutama dalam program gotong royong yang dirancang amat dihargai kerana ia dilihat dapat menjadi contoh kepada semua pihak kerana diyakini dapat menyatukan masyarakat.
"Marilah kita tonjolkan semangat muafakat dengan melibatkan diri dalam program-program yang dirancang. Begitu juga saya nasihatkan kepada pemimpin masyarakat supaya bersama-sama dalam apa jua program sebagai tanda sokongan demi membangunkan Bingkor, " katanya.
Sumber: UtusanBorneo
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.