Kabinet Sabah adakan mesyuarat pertama selepas rombakan

 



KOTA KINABALU: Kabinet negeri Sabah mengadakan mesyuarat yang pertama hari ini selepas rombakan dibuat yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Berikutan rombakan Kabinet baru-baru ini, tiga menteri baharu dilantik dan pertukaran portfolio antara beberapa menteri.

Tiga menteri baharu dilantik termasuk Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat  Datuk James Ratib; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew dan Pembangunan Perindustrian Phoong Jin Zhe yang mengangkat sumpah pada 11 Januari lepas.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri III yang juga baharu memegang portfolio sebagai Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut mengalu-alukan kedatangan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim yang bercuti sakit sejak tahun lepas.

Menteri lain yang hadir sama pada mesyuarat berkenaan adalah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan; Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan; Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.


Sumber: UtusanBorneo

Post a Comment

0 Comments