PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai mendapatkan dos penggalak kedua susulan peningkatan kes Covid-19 di China.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, berkata ketika ini hanya 1.9% sahaja yang telah mengambil vaksin dos penggalak kedua.
“KKM menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen.
“Ini kerana vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Zaliha, KKM berharap, peratusan pengambilan dos penggalak akan terus meningkat terutama melibatkan golongan berisiko.
Katanya, ini memandangkan ketika ini hanya 49.8% sahaja rakyat yang telah mendapat vaksin dos penggalak pertama.
BERITA LANJUT MENYUSUL
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.