SANDAKAN: Jawatankuasa Bencana Alam Life Water K2 telah mengadakan lawatan terhadap penduduk Kampung Forest Sandakan yang terjejas akibat fenomena air laut pasang besar baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan Life Water K2, mereka telah memutuskan untuk menyumbangkan sejumlah 1,200 botol (100 kotak) Air Minuman K2 kepada mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Anib Dua.
Rombongan Jawatankuasa Bencana Alam Life Water K2 turut melawat ke PPS berkenaan.
Berdasarkan maklumat dari Pusat Pendaftaran mangsa, lebih 100 buah rumah telah roboh dan sebanyak 96 buah keluarga (559 mangsa) terlibat dalam insiden ini.
Pengurus Kebajikan Sandakan telah menerima sumbangan daripada Life Water K2.
Sumber: SabahBaruNews
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.