54 kes baharu COVID-19 di Sabah

 


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan pertambahan tujuh kes baharu COVID-19 menjadikan 54 kes keseluruhan semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kesemua kes terbabit diperoleh daripada 1,467 sampel ujian dengan kadar positif 3.68 peratus iaitu meningkat daripada 3.07 peratus berbanding hari sebelum ini.

“Ibu negeri kembali mencatatkan kes dua angka dengan 13 kes iaitu pertambahan empat kes berbanding sebelumnya.

“11 daerah bagaimanapun tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu sepanjang tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.

Tambahnya 53 daripada 54 kes yang direkodkan adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 manakala hanya satu kes dalam Kategori 4.


Sumber: UtusanBorneo

Post a Comment

0 Comments