Peniaga pasar Taman Tun Fuad dibenarkan beroperasi seperti biasa: Gee



Kota Kinabalu, Rabu, 26 Okt 2022

KOTA KINABALU: Penjaja di Pasar Taman Tun Fuad, Bukit Padang, diperbolehkan untuk terus menjalankan perniagaan mereka di tempat letak kereta bersebelahan tangga di hadapan pintu masuk taman itu, kata Gee Tien Siong.

Gee, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang berkata, kemudahan sedia ada pada masa kini terpaksa ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengindahan 

"Semoga penjaja dapat mengatur dan mengagihkan lot secara baik sesama mereka dengan penuh semangat kemasyarakatan, di samping itu, dalam masa yang sama menjalinkan hubungan baik dengan kontraktor," katanya semasa pertemuan dengan penjaja pada hari Rabu lalu.

Gee, yang juga naib presiden Parti Maju Sabah (SAPP), meminta agar semua pengusaha perniagaan dapat menjaga kebersihan persekitaran, selepas siap berniaga.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip, pegawai Dewan Bandaraya (DBKK) dan pihak yang berkaitan kerana berjaya menyelesaikan masalah ini secara musyawarah. Dimana penjaja boleh terus menjalankan perniagaan, pengguna boleh mendapatkan bekalan tanpa beban tambahan, dan kerja-kerja pengindahan boleh dijalankan dengan lancar.

Terdahulu, DBKK menyampaikan notis kepada penjaja di Pasar Taman Tun Fuad untuk mengarahkan mereka berpindah sementara ke tempat letak kereta bersebelahan Dewan Masyarakat Damai, yang menimbulkan kebimbangan. Tetapi arahan ini dibatalkan selepas adanya campurtangan Gee.

Caption gambar:

Gee tien siong sedang berbincang dengan para pengusaha gerai di pasar taman Tun Fuad.

Post a Comment

0 Comments