Adalah menjadi DNA beliau sendiri untuk sentiasa tunduk pada kerajaan Persekutuan Dan takut hilang jawatan semasa berada dalam Kerajaan Dan baru saja jadi pintar palui bila menjadi pembangkang.
Seorang wakil rakyat atau sesiapa saja mempunyai medium pengantara mereka sendiri, yang nyatanya terlalu luas. Datuk Yong sentiasa menggunakan Masa Dan Ruang beliau sebaik-baiknya.
Perlu saudara Azis Jam*an ingat, Datuk Yong telah 2 kali mengajukan pertanyaan kepada Kerajaan yang lepas (Warisan) tetapi Kerajaan Warisan dengan lagak sombong, angkuh tidak berani menjawap soalan malah menyerahkan bulat-bulat isu tuntutan Sulu ke Persekutuan. Mereka tidak ada telur Dan pengetahuan semasa menjadi Kerajaan.
Peristiwa tuntutan Keturunan Sulu (kononnya lah Keturunan) membawa kes ke mahkamah di Madrid Dan France adalah semasa Warisan menjadi Kerajaan di Sabah yang dibentuk hasil selepas aksi lompatan ADUN dari BN (UPKO DAN UMNO) Dan semasa MP Warisan seperti Azis Jam*an berada dalam Kerajaan Pakatan Harapan.
Natijahnya, kebongokan Kerajaan lepas Dan wakil mereka di Parlimen menyebabkan isu ini menjadi semakin hangat ketika ini. Dimana mereka semasa kes itu dibawa kemahkamah? Adakah hilang, halimunan atau berseronok-seronok memeggang jawatan yang tiba-tiba lenyap apabila tiba-tiba Tun M meletakkan jawatan. Siapa Menteri undang2 ketika itu. Bukankah dari Warisan?
Maka, usahlah berlagak hero jika hanya membuka pekung tersimat.
Salam.
Sumber : Facebook
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.