| Gambar fail menunjukkan Herry (tengah) ketika sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Bandung, Jawa Barat pada 15 Feb 2022. - Gambar AFP |
Kerajaan Indonesia telah menangguhkan pelaksanaan hukuman mati selama beberapa tahun dan hukuman mati terakhir adalah pada 2016.
Penderaan seksual oleh Wirawan di sekolah itu dan juga di Bandung, terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkannya kepada polis kerana merogol dan membuntingkan anak perempuan remaja mereka tahun lalu. Perbicaraannya sebelum ini mendedahkan Wirawan telah merogol beberapa pelajar perempuan - kebanyakannya dari keluarga miskin dan menghadiri sekolah dengan biasiswa - dalam tempoh lima tahun. Dia juga telah membuntingkan sekurang-kurangnya lapan daripada mangsanya. Di hadapan mahkamah rendah, defendan meminta kelonggaran hakim, mengatakan dia mahu membesarkan anak-anaknya. Seorang saudara salah seorang mangsa memberitahu bahawa hukuman kelmarin memberi keadilan kepada mangsa. "Kami pada mulanya mahukan hukuman penjara seumur hidup dan kastrasi kimia supaya dia dapat merasakan kesakitan akibat jenayahnya," kata Hidmat Dijaya, bapa saudara salah seorang mangsa. "Tetapi, kami masih merasakan bahawa hukuman mati mewakili keadilan." Kes itu mencetuskan kemarahan seluruh negara dan meningkatkan tekanan ke atas parlimen untuk meluluskan rang undang-undang yang telah lama tertangguh tentang 'penghapusan keganasan seksual', yang bertujuan untuk memerangi jenayah seks dan memberikan keadilan kepada mangsa, termasuk dalam kes rogol perkahwinan. Kes rogol di Bandung ini juga memberi soroton kepada masalah penderaan seksual dalam sistem pendidikan Indonesia, dengan 14 daripada 18 kes yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak tahun lepas berlaku di sekolah berasrama penuh Islam. Negara ini memiliki lebih 25,000 sekolah berasrama penuh Islam, dengan hampir lima juta pelajar tinggal dan belajar di asrama mereka. - AFP |
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.