Hajiji anjur majlis makan malam perpisahan Liang Caide

 

TERIMA KASIH: Hajiji (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Liang selepas majlis makan malam perpisahan di Sri Gaya, di Kota Kinabalu kelmarin.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menganjurkan majlis makan malam perpisahan untuk mantan Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide di Sri Gaya kelmarin. 

Hajiji merakamkan terima kasih kepada Liang atas usahanya untuk mengukuhkan hubungan baik antara China dan Malaysia, khususnya Sabah.

Hajiji berharap pengganti Liang akan meneruskan kerja baik yang telah terjalin.


Sumber: UtusanBorneo

Post a Comment

0 Comments