Ahad, 17 April 2022 - Berikutan Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bendahari KDM Warisan yang juga bekas ADUN Liawan, Rasinin Kautis, yang mana dalam kenyataan beliau mendakwa STAR dan SAPP bersaing sesama sendiri. Kenyataan yang dilihat sebagai satu tindakan yang licik dan cubaan untuk melaga-lagakan dua parti dalam GRS itu dilihat "tidak menjadi" apabila ketua Pemuda Kedua Parti Tersebut tampil memberi amaran agar jangan ada pihak yang cuba untuk melagakan Kedua Parti yang dianggap oleh masyarkat sudah sinonim bersama itu.
Ketua Pemuda SAPP, Tuan Jamain Sarudin dan Ketua Wiramuda StarSabah Tuan Kong Soon Choi dalam satu kenyataan bersama mereka menegaskan "Jangan cuba melagakan parti SAPP dan STAR, Kami tidak pernah bersaing, tetapi sentisa berjuang bersama, Sabah IC demi Sabahan" tegas mereka.
Dalam serangan pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan keutuhan kerjasama parti-parti dalam kerajaan Sabah yang baru ini, GRS dilihat terus maju dan tidak terkesan dengan pelbagai cubaan untuk meleraikan kekukuhan kerajaan yang berteraskan perjuangan dan slogan "Sabah Maju Jaya" tersebut.
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.