Hajiji hadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

 

MESYUARAT: Hajiji (kanan) menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 yang dipengerusikan oleh Ismail Sabri (kiri).

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-138 di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu  antaranya membincangkan isu pentadbiran dan berkaitan pembangunan rakyat. 

Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan selama dua hari bermula esok di Istana Negara. 

Dalam lawatan kerja ke Kuala Lumpur sejak semalam, Hajiji turut diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan untuk menghadiri Mesyuarat Sesi Libat Urus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bersama ketua parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.

Sumber: Utusan Borneo Online

Post a Comment

0 Comments