KOTA KINABALU: Belum selesai kontroversi berkaitan Mykad ketua MIC Sabah Peer Mohamad Kadir, Satu perkara lagi muncul - identiti seorang pekerja binaan berusia 24 tahun yang dipenjarakan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana menghalang tugas polis.
Sumber polis mengesahkan bahawa Mahatir Peer Muhamad - yang dipenjarakan tiga hari dan denda RM2,000 kerana dia dan isterinya melompat keluar dari kereta selepas berlaku insiden kejar mengejar dengan polis di pusat bandar sebulan dahulu - adalah anak kepada Peer Mohamad.
Pada satu ketika kereta suspek hampir melanggar polis, memaksa mereka melepaskan tembakan ke arah tayar.
Mahatir dan isterinya dibicarakan secara berasingan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Media sosial heboh dengan cadangan bahawa anak lelaki banduan ini mungkin dinamakan sempena nama Perdana Menteri ketika itu, yang semasa memegang jawatan RCI mengakui wujudnya "Projek" untuk mengeluarkan dokumen pengenalan Malaysia kepada warga asing di Sabah.
Pemuda SAPP mengambil kesempatan menggesa Kerajaan Negeri supaya segera mendedahkan identiti Peer Mohamad Kadir yang menjadi pusat kontroversi berhubung perlantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah sebuah GLC di Sabah.
Ketua Pemuda SAPP, Jamain Sarudin berkata, siasatan berhubung perkara itu perlu dijalankan bagi memaklumkan keadaan sebenar kepada orang ramai kerana implikasinya akan menjejaskan kerajaan GRS.
Baru-baru ini isu kerakyatan Peer Mohamad Kadir mendapat perhatian umum, kerana beliau dikatakan pernah memberi kenyataan semasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.
Dalam kenyataannya (terdapat dalam Buku Laporan RCI) Peer Mohamad berkata beliau berasal dari Chenai, India dan memasuki Sabah pada 1980, kemudian memperoleh kad pengenalan melalui cara yang meragukan pada 1990.
Kenyataannya kepada RCI mendedahkan bahawa dia bukan dilahirkan di Sabah tetapi MyKadnya mempunyai angka -12- yang hanya dikhususkan untuk warganegara kelahiran Sabah.
"Isu ini sangat sensitif dan akan mendapat reaksi buruk daripada orang ramai. Situasi seperti ini memerlukan jawapan segera," kata Jamain, dan berharap pihak berkuasa yang berkaitan akan menjelaskan perkara ini dengan segera.
Sebelum ini, sekumpulan aktivis di Sabah termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) turut mempersoalkan identiti ketua MIC Sabah itu.
Beberapa ahli majlis Tawau terpaksa mengosongkan jawatan mereka selepas didapati memiliki dokumen pengenalan diri yang diperoleh secara meragukan pada akhir 1990-an.
0 Comments
Segala komen yang ditulis adalah tanggungjawab individu masing-masing dan pihak blog tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditinggalkan.