SAPP BENGKOKA SANTUNI PELAJAR LUAR BANDAR

Photo: Salah seorang pelajar yang menyertai program gunting rambut percuma anjuran. SAPP Bengkoka.

KUDAT : 10 Jan 2022, SAPP Bengkoka menganjurkan program gunting rambut secara percuma bagi pelajar-pelajar Luar Bandar khususnya di kawasan Bengkoka 

Pengerusinya Dr Brister Mokujal berkata program tersebut mendapat sambutan cukup menggalakkan . Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) Bengkoka menganjurkan program berkenaan bermula pada 4 Januari Dan tamat pada 9 Januari. 

Photo: Pelajar-pelajar mendaftar menyertai program kembali ke Sekolah di Bengkoka

"Jalan-jalan kampung yang rosak, Dan jauh dari Pusat Bandar terdekat, disamping kekhuatiran mendapat jangkitan covid19, menyebabkan pelajar-pelajar Merasa agak bimbang untuk turun ke Bandar bagi tujuan hanya untuk bergunting rambut" jelas Brister yang juga Ahli Majlis Tertinggi SAPP Dan Setiausaha Pemuda SAPP.

Menurutnya lagi, program sedemikian adalah untuk meringankan beban penduduk luar Bandar disamping menggunakan khidmat belia yang mahir menggunting rambut.
Photo: Salah satu Salon menggunting rambut yang turut mengambil bahagian.


Meskipun sasaran 200 orang pelajar tidak tercapai, akan tetapi rata-rata pelajar yang datang mendapatkan perkhidmatan tersebut merasa sungguh bersyukur atas keprihatinan CLC Bengkoka.

Program  yang dianjurkan oleh CLC SAPP N2.Bengkoka yang bermula dari 4hb - sehingga kelmarin telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya,,
"Pelaksanaan program ini bertujuan memberikan galakan dan sokongan kepada pelajar sekolah yang sudah pun  memulakan sesi Persekolahan" tambah Brister lagi 

Program tersebut dilaksanakan di 4 kawasan berasingan  memandangkan keadaan jalan raya yang teruk akibat hujan berterusan, dan banjir di  beberapa kawasan.
Photo: Kegembiraan terpancar di wajah seorang pelajar disamping belia yang memberikan  Perkhidmatan mengunting Rambut 

"Program ini jelas mendapat kerjasama para Ibubapa Dan akan diteruskan dimasa akan datang" kata Brister.

Turut serta dalam aktiviti tersebut En. Juhanes Jospilis ( Tim. Pengerusi CLC), TEn. Pitau ( Setiausaha CLC) dan En. Lausin (Bendahari CLC). 

Post a Comment

0 Comments