Kembali Ke Sekolah: Pemuda SAPP anjur gunting rambut percuma manfaat 100 Pelajar.

photo: Pelajar mendapatkan khidmat percuma gunting rambut yang dikelolakan Oleh Pemuda SAPP dengan kerjasama Pengurusan Hairmix33 Salon. 

KOTA KINABALU, 10 Januari 2022,  Seratus orang Pelajar berumur bawah 18 tahun diberikan perkhidmatan gunting rambut secara percuma di Hairmix33 Salon yang terletak di City Parade, Centre Point Sabah dari jam 10 pagi hingga 4 petang sepanjang program sehari itu.

Dexter Chin, Naib Ketua (2) Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, acara amal  dan bermakna ini, "Gunting Rambut Percuma Balik-Ke-Sekolah" bertujuan membantu pelajar-pelajar ini mempersiapkan diri dengan lebih baik sempena pembukaan semula persekolahan pada Isnin.




“Sekurang-kurangnya pelajar dapat menikmati penampilan yang lebih segar untuk 2022 untuk Tahun Baharu Cina yang akan datang dan juga tanpa membebankan dompet ibu bapa mereka,” tambahnya.

Majlis tersebut dianjurkan bersama Pemuda SAPP Parlimen KK bersama Pemuda CLC Likas dan Api-Api.

photo: Dari Kiri  Charles Yong, Dexter Chin, Tuan Punya Hairmix33, Hiew Nyuk Lin dan isteri di kanannya, paling kanan ialah Nelson Tang.

Pemilik Hairmix33 Salon, Hiew Nyuk Lin, berasa gembira dan berbesar hati dapat mengambil bahagian dalam acara ini.

“Memerhatikan wajah tersenyum pelajar-pelajar ini dengan gaya rambut kemas yang sesuai memberikan setiap seorang daripada kami, penggaya rambut Hairmix 33 Salon, satu tahap kepuasan yang tinggi,” kata Hiew. Beliau mengalu-alukan dan berharap lebih banyak program seumpamanya dapat diadakan pada masa akan datang.
  

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Ketua (1) Pemuda SAPP Charles Yong, Ketua Mudanita SAPP Sherine Chong Dan Exco Pemuda Nelson Tang.


Post a Comment

0 Comments